Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

July 29, 2014

KI BUANG LOGO SHAKLEE DALAM WEBSITE MEREKA

KI BUANG LOGO SHAKLEE DALAM WEBSITE MEREKA

By: Aimi Farhana Yusof

Baru-baru ini kecoh tentang hal satu laman web yang dikatakan orang kuat zionist Israel ada logo shaklee pada laman web mereka. Laman web yang dimaksudkan ialah "KENESETHISRAEL.COM" yang dikatakan menyumbang dana kepada negara haram Israel melalui Shaklee sehingga menimbulkan viral di laman-laman sosial malaysia. Walaupun Ibu Pejabat Shaklee Malaysia menafikan keterlibatan di dalam sumbangan dana tersebut, masih ramai yang keliru dan ambil keputusan tidak percaya lagi pada Shaklee kerana dianggap rakan zionis. 

     Sebenarnya, laman web persatuan NGO yang pro Israel yang lebih dikenal sebagai KI itu dikendalikan oleh seorang SID atau Shaklee Independent Distrubutor. Dia hanyalah ahli Shaklee yang menjual barang Shaklee kemudian keuntungan sebanyak mana yang dinyatakan dalam urusan jual beli akan disalurkan kepada dana Israel.

Kes nya sama macam kalau kita barang di pasaraya dengan slogan beli sambil menderma kepada rumah kebajikan contohnya. Cuma bezanya KI menyatakan bahawa beli sambil menderma kepada Israel. 

Saya pula menggunakan kaedah beli sambil menderma kepada Gaza!


Dan beberapa hari lepas, website "KENESETHISRAEL.COM" telah menurunkan logo Shaklee daripada website mereka. Shaklee telah mengeluarkan amaran kepada website tersebut agar menurunkan logo shaklee kerana Shaklee tidak pernah menderma dana untuk Israel dan tiada kaitan dengan zionis Israel. Selain itu, atas isu sensitiviti masyarakat global dan Isu kemanusiaan, Shaklee juga tidak mahu terlibat dengan sebarang urusan kekejaman zionis Israel.

Ini kerana Shaklee wujud untuk menyihatkan umat manusia bukannya membunuh mereka yang tidak berdosa.



Bukti website KI sudah menurunkan logo Shaklee daripada website mereka



Marilah kita sama-sama menderma kepada dana bantuan gaza atas dasar kemanusiaan jika bukan agama sebagai alasan.



Bagaimana nk order 
SHAKLEE SAMBIL MENDERMA KEPADA GAZA? 

Boleh hubungi saya,


Aimi Farhana Yusof - Pengedar Shaklee Berdaftar
No Tel: 019-2076058
COD area: Jerteh, Setiu, Pasir Puteh, Kota Bharu.


July 28, 2014

Selamat Hari Raya Idul Fitr 2014

By: Aimi Farhana Yusof


     Setelah berpuasa selama sebulan, kini tibalah syawal yang dinanti tanda kemenangan melawan hawa nafsu  makan sepanjang bulan ramadhan. Semoga dengan berlapar dan dahaga di siang hari selama sebulan dapat mengingatkan kita kepada mereka yang kurang bernasib baik sama ada yang fakir tidak cukup makannya maupun yang kebuluran akibat perang seperti di Darfur.
     Sempena Syawal yang penuh barakah ini, saya dengan rendah hati dan syukur, saya ingin mengucapkan selamat hari raya idul fitr kepada yang menyambutnya. Dalam bergembira, tidak lupa juga kepada mereka yang berduka di atas kehilangan pesawat MAS MH 17 dan MH370 dan saudara kita yang sedang dalam situasi hujan peluru dan bom dari Israel laknatullah. Semoga mereka tabah dan diberi kekutan dalam menghadapi dugaan hebat ini.

     Semoga raya kali ini disambut dengan bersederhana tanpa pembaziran dan riak. Marilah kita kembali kepada sunnah Rasul yang Agung.



SELAMAT HARI RAYA IDUL FITR 2014

MAAF ZAHIR BATIN

EID MUBARAK





Ikhlas dari Aimi dan keluarga





Selamat Hari Raya Idul Fitr 2014

July 19, 2014

Kenyataan Ibu Pejabat Shaklee Berhubung Isu Dana Israel

Kenyataan Ibu Pejabat Shaklee Berhubung Isu Dana Israel

By: Aimi Farhana Yusof

Kecoh dalam seminggu dua ni pasal Shaklee ada hubung kait dengan zionis Israel melalui persatuan Keneseth Israel Congregation. Ada yang kata dan upload gambar laman web dan blog penyokong dan penyumbang dana Israel dan ada logo Shaklee pada blog tersebut. Kecoh sekejap media sosial berkaitan Shaklee penyokong Israel, dan menyumbang dana kepada negara haram Israel. Sudahnya, Ibu Pejabat Shaklee keluarkan jawapan bertulis berhubung isu Israel ini.



Kesnya macam lebih kurang macam ni, tuan punya website KI adalah seorang SID shaklee atau bahasa mudahnya ahi shaklee yang jual barang shaklee. Sebagai seorang penyokong Israel, dia salurkan dana kepada pertubuhan yang support Israel. Macam yang ada pihak yang buat, sapa beli apa-apa produk jualan mereka, satu jumlah wang hasil daripada jualan tersebut disalurkan kepada pertubuhan kebajikan, rumah anak yatim, majlis kanser dan macam-macam lagi. Jadi pemilik laman web KI ni isytihatkan sapa2 yang beli produk Shaklee dengan dia, yang beli produk dia melalui amazon.com akan secara otomatik menderma secara tak langsung kepada Israel. 

KESIMPULANNYA, DIA HANYALAH AHLI SHAKLEE YANG JUAL BARANG SHAKLEE, KEMUDIAN UNTUNG JUAL SHAKLEE, DIA SALURKAN KEPADA ISRAEL. BUKANNYA SYARIKAT SHAKLEE YANG SALURKAN DANA TERSEBUT.

Cuba perhatikan dan kaji sedikit sahaja, kita boleh nampak yang bahawasanya yang kutip dana dan support adalah SID Shaklee bukannya syarikat Shaklee. Sebab dia pun ada tulis 'Support KI' kemudian di bawahnya ada icon Shop Amazon through Kenneth Israel' dan logo shaklee..BUKANNYA TULIS 'OUR SUPPORTERS' yang bermaksud orang kuat kami.











July 17, 2014

Tabiat Yang Tanpa Sedar Mengundang Jerawat

Tabiat Yang Tanpa Sedar Mengundang Jerawat

By: Aimi Farhana Yusof

Adakah anda dalam kategori individu yang telah melakukan pelbagai cara tetapi jerawat tetap menyinggah? Duit beribu-ribu telah dihabiskan berjumpa pakar kulit, mencuba pelbagai produk daripada tradisional hingga paling moden, daripada murah sehingga ribuan ringgitTahukah anda banyak tabiat seharian anda yang dirasakan biasa tapi mengundang jerawat di muka? 

Saya pernah mempunyai masalah acne yang teruk sehingga mengurangkan self-esteem dan pelbagai produk telah diguna. Setelah mengutip pengalaman, tips dan petua samada dari selebriti, orang-orang lama dan mereka yang berjaya keluar daripada belenggu acne dan jerawat, ia menjadi amalan sehingga kini dan Alhamdulillah jerawat jarang menyinggah.




Di sini saya cuba berikan petua mengelakkan jerawat.