Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

June 23, 2014

KAFEIN MENYEBABKAN MAHU MENGAMBIL NIKOTIN?

KAFEIN MENYEBABKAN MAHU MENGAMBIL NIKOTIN?

By: Aimi Farhana Yusof

Tahukah anda, jika ingin berhenti merokok anda perlu mengelakkan atau mengurangkan pengambilan kafein? Kafein atau caffeine biasanya terdapat di dalam minuman kopi, teh, cola, dan tumbuhan-tumbuhan tertentu. Kafein dalam jumlah yang sedikit atau sepatutnya mampu mengurangkan dan melegakan migrain, membantu dalam memberi fokus dan menghilangkan mengantuk. 

Namun buruk padahnya jika ketagih kafein. Lebih buruk lagi jika anda adalah perokok. Lebih memburukkan keadaan jika anda ingin berhenti merokok, kerana kafein boleh merangsang keperluan terhadap nikotin. Ini disebabkan setelah pengambilan kafein, kandungan nikotin dalam darah dan tubuh dibawa keluar atau flush-out dengan kadar yang cepat menyebabkan perokok yang terbiasa kandungan nikotin dalam darah adalah tinggi akan merokok untuk mengganti nikotin yang hilang dengan cepat itu. Kehilangan nikotin dengan cepat secara paksa itu menyebabkan tubuh tidak sempat beradaptasi (adapt) jadi neuron-neuron otak menghantar isyarat agar menambah kandungan nikotin. Keadaan ini agak membimbangkan kerana nikotin adalah bendasing dalam tubuh, dan kewujudan bendasing ini keluar masuk dalam tubuh dengan kadar yang cepat. Selain racun-racun seperti tar, racun tikus, bahan pencuci lantai yang berakumulasi dalam tubuh. Lama-kelamaan pelbagai penyakit berbahaya akibat akumulasi atau lambakan racun berbahaya, kanser paru-paru akibat asap rokok selain kandungan nikotin dalam badan.

Jadi kurangkanlah pengambilan kafein, kurangkan dos kafein dalam minuman anda dengan mengurangkan pengambilan kopi, teh maupun kola dalam usaha berhenti merokok.

Untuk bantuan berhenti merokok, saya ada penyelesaiaannya. Tanpa ubat, Tanpa dadah, Tanpa patch yang menyeksakan perokok tegar. Anda hanya merasa rokok itu tawar, selera merokok berkurang dan lama kelamaan diri bersih dari rokok!


Hubungi saya;

Aimi Farhana binti Yusof  (ID: 1094917)

No. Tel / Whatsapp: 019-2076058





No comments:

Post a Comment

Komen anda