PEPIJAT - CARA KAWALAN
PEPIJAT (Climex lectularius) adalah serangga penghisap darah panas yang mengganggu kehidupan kita dan juga haiwan. Serangga ini tidak mempunyai kepak dan bersaiz amat kecil daripada keluarga Cimicidae yang sering berada dikawasan dimana kita sering tidur. Ia menyebabkan gatal-gatal dan ketidak selesaan mangsa yang diserang. Nama lain bagi serangga ini adalah PIJAT-PIJAT atau dalam bahasa Inggeris ia dipanggil Bed Bugs. Ia tergulung dalam serangga kumpulan Hematophagy iaitu menghisap darah panas untuk makanan dan pembiakan dalam kitaran hidupnya. Saya dapati tidak banyak kajian dan laporan kajian ini dijalankan di negara kita kerana ianya bukan sesuatu yang merbahaya tidak seperti Nyamok Denggi dan juga penyakit lain berpunca daripada serangga. Serangan oleh pepijat tidak menyebabkan kematian dan ianya mudah dikawal tidak seperti serangga lain yang menyerang manusia. Sebenarnya terdapat berjuta-juta pepijat yang tinggal didalam sarang burung atau kelawar atau pada haiwan mamalia lain dan ada yang terus melekat dibadannya. Sebahagian spesis pepijat ini telah melalui adaptasi sehingga boleh berada didalam bilik tidur manusia sebagai mangsanya. Kini terdapat banyak cara digunakan untuk mengelakkan serangan pepijat ini dengan paling utama adalah kebersihan dan sanitasi dalam bilik tidur. Artikel subuh Isnin ini saya dapat idea menulis mengenai kaedah kawalan serangga pepijat dalam blog "Anim Agro Technology" untuk dikongsi bersama berdasarkan pembacaan beberapa buku teknikal dan lamanweb.
Mungkin dicelah-celah lipatan tilam, selimut dan bantal. Ini adalah tempat yang paling mudah untuk mengesan serangga penghisap darah ini. Selain itu juga kerja-kerja mengesan serangga pijat ini juga boleh dikesan didalam almari yang terdapat banyak menyimpan baju-baju, beg-beg pakaian dan sebagainya. Dengan melakukan pemeriksaan yang teliti anda pasti ia dapat dikesan dan anda akan menemui serangga penghisap darah ini ditempat-tepat yang disebutkan diatas dengan mudah. Jika terjumpa pepijat maka ia pastinya musuh yang perlu dibasmi agar tidak mengigit mangsa dan menyebabkan ketidakselesaan.
KAWAL PEPIJAT... ADA CARA...
EFEKTIF...SYARIKAT SWASTA...
BELI RACUN... KENA WASPADA...
ADA PETUA...DURIAN BELANDA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1407, Hotel Ipoh City,
Jalan Dass, Ipoh,
Perak, Malaysia.
(14 JamadilAkhir 1435H)
crdt to http://animhosnan.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment
Komen anda