Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Vitamin E. Show all posts
Showing posts with label Vitamin E. Show all posts

July 13, 2014

Fungsi Vitamin E Shaklee

Fungsi Vitamin E Shaklee



By: Aimi Farhana Yusof


Umum memang mengetahui bahawa Vitamin E adalah vitamin kulit, vitamin wanita dan vitamin cantik. Namun tidak ramai yang mengetahui Vitamin E juga adalah vitamin lelaki, vitamin subur dan vitamin mengelakkan sakit jantung. Namun dalam artikel ini saya cuba fokus terhadap vitamin E dalam kecantikan kulit.

Selain FUNGSI, anda tahukah BAGAIMANA DAN CARA vitamin ini berfungsi? Oleh itu anda mesti baca artikal ini sehinggan habis. Selepas baca artikel ini, anda akan ingat sampai bila-bila apa bestnya pasal Vitamin E ni.

     Memang ramai yang menggunakan vitamin E untuk menghilangkan parut dan mencerahkan kulit. Ya betul, mereka telah mendapatkan produk yang betul untuk tujuan ini dan saya sangat-sangat cadangkan anda ambil Vitamin E Shaklee. Saya sendiri pun ambil. Jadi saya akan kongsi cara cantikkan kulit dengan Vitamin E cara Shaklee secara spesifik.

     Istimewa untuk anda yang baca artikel ni, saya akan ceritakan juga kenapa Vitamin E Shaklee PALING SELAMAT dan apa PANTANG untuk Vitamin E.



Jom belayar bersama saya;





Ini adalah cara bagaimana Vitamin E boleh mencantikkan kulit anda:



1) SUMBER ANTIOKSIDAN

Vitamin E Shaklee mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi yang berupaya melindungi dan merawat kulit dengan cara menghalang kesan radikal bebas dengan berkesan. Tahukah anda radikal bebas akan merosakkan merosakkan lapisan dan rantaian kolagen dan penyebab kepada kulit kering? Kulit yang kering adalah kulit yang tidak sihat, mempercepatkan penuaan dan kedutan. 

Selain itu, antioksidan yang tinggi berupaya mengurangkan risiko kanser, risiko kerosakan sel (dengan kata lain lambat tua), meningkatkan keaktifan pembaharuan sel, meningkatkan ketahanan kulit.


2) MEYEMBUHKAN KULIT

Ia bagaikan bonus dan hadiah dari Yang Di Atas terhadap kulit. Pelbagai masalah kulit boleh disembuhkan dengan penggunaan kerap dan teratur vitamin E. Ekzema contohnya boleh dirawat dengan vitamin E Shaklee. Caranya, sapukannya ke kawasan ekzema. Kandungan antioksidan dalam Vitamin E akan melegakan pedih dan keradangan pada kulit. Pengambilan melalui mulut pula akan memberi ketahanan pada seluruh badan. Begitu juga pori-pori yang besar boleh disembuhkan selepas pengambilan untuk tempoh tertentu mengikut keadaan keseriusan bukaan pori-pori anda.


3) MENEGANGKAN KULIT DAN MENGHALANG KEDUTAN BARU

Vitamin E Shaklee berupaya mencantikkan kulit dengan merangsang penghasilan kolagen. Kolagen adalah ikatan protein yang memberi kenjalan dan 'memegang' kulit daripada jatuh atau menggelebir. Kolagen pada kulit adalah berkadar songsang dengan usia. Semakin meningkat usia, semakin kurang penghasilan kolagen lalu kulit semakin berkedut. 

Namun, dalam dunia moden dan sains teknologi ini, para saintis telah menemui beberapa kaedah untuk melawan penuaan. Salah satunya dengan pengambilan atau suntikan kolagen, makanan perangsang kolagen, sapuan kolagen dan sebagainya. Makanan perangsang kolagen salah satunya ialaha VITAMIN E. 

Jadi, untuk meningkatkan, mengembalikan dan merangsang penghasilan kolagen, disarankan mengambil VIAMIN E Shaklee yang natural ini di samping menghalang kedutan baru. 


4) MENGURANGKAN KESAN AKIBAT SELARAN MATAHARI (SUNBURN)

Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E yang berterusan akan mengurangkan berlakunya ‘sunburn’ akibat dari sinaran Ultraviolet B (UVB). Anda perlu tahu bahawa dalam keadaan, cuaca, penipisan lapisan ozon dan kebocoran lapisan ozon di zaman sekarang, kandungan  SPF 15 atau SPF 30 yang kononnya bonus di dalam krim dan losyen muka yang dibanggakan oleh pengeluar produk kosmetik di luar sana adalah tidak mencukupi. Anda memerlukan sekurang-kurangnya SPF 50 dan ia mestilah disertakan dengan ++ dan lengkap dengan perlindungan terhadap UVA dan UVB. Jadi, PASTIKAN anda menggunakan krim kecantikan atau 'sunblock' yang bertulis sekurang-kurangnya SPF 50++ UVA UVB jika anda terdedah kepada matahari semasa pergi dan pulang dari kerja walaupun berada di dalam kereta. 
( Rujuk Health.howstuffworks)


5) MELEGAKAN KEPEDIHAN AKIBAT SELARAN MATAHARI (SUNBURN)

Sapukan Vitamin E Shaklee pada kulit yang terkena selaran matahari (sunburn).  Khasiat Vitamin E Shaklee akan  diserap ke dalam lapisan epidermis dan merawat kecederaan kulit akibat sinar UV. Vitamin E juga membantu melegakan kesakitan dan kepedihan pada kulit. Ia biasa terjadi kepada mereka yang terdedah di bawah sinaran matahari yang terik secara berterusan dalam tempoh yang lama, mereka yang berjemur di pantai (sunbathing) untuk tanning kulit, akibat aktiviti menyelam atau diving.


6) MEMUDARKAN PARUT DAN 'STRETCH MARKS'
Vitamin E juga boleh disapukan kepada parut lama dan baru untuk untuk menghilangkan parut dan 'stretch marks' dengan lebih cepat. 'Stretch Marks' ialah parut regangan yang terhasil akibat kulit menegang dalam kadar yang cepat atau melebihi kuasa kulit. Biasa terjadi kepada ibu mengandung atau mereka yang gemuk. 
Cucuk atau gunting sedikit kapsul coklat tersebut, kemudian picit perlahan-lahan minyak Viamin E ke parut atau dipicit ke atas jari atau tapak tangan kemudian sapukan pada parut. Lama-kelamaan parut akan hilang dan diganti dengan kulit yang mulus dan gebu.


7) MENGELAKKAN KULIT HILANG LEMBAPAN
Vitamin E Shaklee melindungi kulit daripada kehilangan air bagi mengekalkan kelembapan and kesihatan kulit. Tahukah anda selain kulit kering, kulit berminyak juga adalah tanda kekurangan air dan lembapan terhadap kulit? Akibatnya, pori-pori membesar, jerawat dan sebagainya. kulit kering pula cenderung untuk ke arah tona kulit tidak sekata, kulit kasar, mempercepatkan proses kedutan dan penuaan.
Vitamin E juga membantu mengekalkan keseimbangan minyak pada kulit agar kulit lebih cantik. Oleh itu, penghasilan jerawat akibat sebum yang terlalu aktif, penyumbatan pori akibat kulit berminyak kulit tidak bersih dapat dielakkan.

[ Sumber MDHealth]


8) SEBAGAI PENCUCI MUKA

Vitamin E Shaklee juga boleh digunakan sebagai toner dan pencuci muka. sapukan vitamin E pada muka dalam urutan bulat dengan ‘Cotton ball’ akan membantu mencuci kotoran yang melekat akibat aktiviti harian.





SUMBER VITAMIN E

Dalam diet harian, sumber vitamin E boleh diambil daripada minyak sayuran, minyak jagung, kekacang, kentang, epal, bayam beberapa jenis buah dan sayuran. Tapi kalau nak yang sama natural tetapi cukup zatnya anda hanya perlu ambil Vitamin E Shaklee. Mudah!


VITAMIN E SHAKLEE SELAMAT UNTUK DIGUNAKAN TANPA WAS-WAS KERANA:

-Vitamin E Shaklee bukan bersifat sintetik. Bermakna, Vitamin E Shaklee adalah semulajadi daripada kapsulnya sehinggalah koloid dalam kapsul itu sendiri. Vitamin E Shaklee mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:

• 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
• Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Malah ia juga tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

[ Sumber Shaklee Malaysia]




Hubungi saya untuk vitamin E anda;


Aimi Farhana binti Yusof (ID 1094719)


Tel / WhatsApp: 019-2076058




Kawasan COD: Besut, Setiu, Pasir Puteh







Fungsi Vitamin E Shaklee

July 2, 2014

Penawar Semulajadi Kepada Sunburn Teruk

Penawar Kepada Sunburn Teruk

By: Aimi Farhana Yusof

Kepada mereka yang kaki pancing, kaki diving, kaki golf dan yang bersukan di tengah sinaran terik matahari, selaran matahari ataupun sunburn adalah masalah yang sering dialami. Selain muka kelihatan terbakar dan kemerah-merahan, yang lama-kelamaan bertukar menjadi gelap, kepedihan dan penggelupasan adalah masalah yang sering mengganggu.

Kepedihan tersebut boleh dilegakan dengan bahan-bahan semulajadi yang mungkin ada di dalam peti ais anda. Antaranya ialah

1.) Aloe Vera atau Lidah Buaya
      Aloe Vera dapat memberi kesan sejuk kepada kulit yang terbaklar sama ada akibat sinaran matahari ataupun api. Selain menyejukkan kulit, ia juga melembapkan kulit secara semulajadi. Kulit yang terkena cahaya matahari ataupun api perlu berada dalam keadaan lembap sentiasa supaya penyembuhan dapat berlaku, mengelakkan pengelupasan, dan menguranngkan kesakitan.

2) Minyak Zaitun
     Umum memang mengetahui bahawa minyak zaitun banyak kasiatnya. Sapukan minyak zaitun nipis-nipis ke atas kulit yang terlibat, dan anda boleh merasai kesannya. Kepedihan dapat dikurangkan dan kemerahan dapat dihilangkan sedikit demi sedikit. Apabila sapuan mengering, ulang sapu minyak dalam lapisan yang nipis sehingga kepedihan hilang.

3) Minyak Kelapa Dara 
    Minyak Kelapa Dara juga banyak khasiatnya. Kandungan Vitamin E dan C nya tinggi menjadikan ia penawar dan penyembuh kepada luka dan sunburn yang baik. Hanya sapu di kawasan terlibat, lama-kelamaan kesan terbakar boleh dihilangkan.

4) Hirisan Oren
    Hiris buah oren dan letakkan di kawasan yang terkena matahari. Kandungan Vitamin C pada oren mampu mempercepatkan penyembuhan akibat selaran matahari.

5) Timun
    Hiris timun nipis-nipis dan letakkan di kawasan terkena matahari tersebut. Boleh juga dijadikan mask dan disapu di kawasan yang pedih dan terbakar itu. Timun mampu menyejukkan kulit yang terbakar dan pedih itu.

6) Vitamin E Shaklee
     Sapukan Vitamin E Shaklee pada kulit yang terkena selaran matahari (sunburn). Khasiat Vitamin E Shaklee akan diserap ke dalam lapisan epidermis dan merawat kecederaan kulit akibat sinar UV. Vitamin E juga membantu melegakan kesakitan dan kepedihan pada kulit. Ia biasa terjadi kepada mereka yang terdedah di bawah sinaran matahari yang terik secara berterusan dalam tempoh yang lama, mereka yang berjemur di pantai (sunbathing) untuk tanning kulit, akibat aktiviti menyelam atau diving.

7) CoqHealth Plus Shaklee
    Dengan mengambil sebiji CoqHealth Plus Shaklee setiap hari, masalah sunburn anda dapat diselesaikan. terutamya jika yang selalu terdedah kepada matahari untuk suatu tempoh yang lama. Ini kerana CoqHealth Plus berupaya meresap ke dalam mitokondria sel lalu membaiki sel-sel yang rosak. Ia juga bertindak sebagai sunblock semulajadi kulit. Dengan kata lain, ia ibarat memakan sunblock tetapi kesan yang lebih baik. CoqHealth berupaya mengurangkan dan menghilangkan jeragat yang degil yang telah berakar di dalam kulit. Umum mengetahui bahawa jeragat disebabkan oleh kulit yang terdedah kepada sinaran uv yang berterusan atau kekurangan sinaran matahari yang baik yang mengandungi vitamin D.

8) Sapuan Vivix
     Dengan sedikit sapuan vivix kepada kawasan yang terlibat, selaran dan kepoedihan boleh disembuhkan. Ini adalah kerana faktor resveratrol di dalam vivix mampu menembusi DNA dan membaiki struktur DNA yang rosak. Jadi penyembuhan akibat selaran matahari maupun api dapat sempuh dengan sangat cepat. Bila kulit sembuh, kesikatan pun hilang.


Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Aimi Farhana Yusof ( Id: 1094719)

No tel /  WhatsApp : 019-2076058



   

May 15, 2014

Kenapa Kulit hilang Kecantikan Seiring Usia

kenapa kulit hilang kecantikan seiring usia

By: Aimi Farhana Yusof


sumber: dailymail.co.uk



Apa yang anda faham tentang gambar di atas?


Apa yang saya faham ialah punca-punca penuaan iaitu;

1. KOLAGEN yang semakin berkurang seiring usia

2. IRITASI yang semakin meningkat apabila usia meningkat yang mempercepatkan kedutan kulit 

3. PERTUMBUHAN KULIT BARU yang sema

April 20, 2014

Fakta Mengenai Vitamin E

By: Aimi Farhana Yusof


Apakah vitamin E?

Vitamin E adalah antioksidan larut lemak yang kuat yang membantu melindungi membran sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan mencegah pengoksidaan kolesterol LDL. Vitamin E merangkumi sekumpulan lapan sebatian yang dikenali sebagai tocopherols dan tokotrienol, yang terdiri daripada kompleks vitamin membuktikan ia ditemui dalam alam semula jadi. 

Mengapa vitamin E diperlukan?

1. Vitamin E adalah perlu bagi penyenggaraan struktur dan fungsi tulang, jantung, dan otot.

2.Ia juga membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah

3. Membantu untuk mengekalkan bekalan vitamin A dan K, besi, dan selenium

4. Ia mungkin mempunyai kesan positif ke atas kesihatan imun, melindungi daripada kerosakan oksidatif yang boleh membawa kepada penyakit jantung

6. mempunyai kesan pencegahan terhadap kanser

7. Membantu melegakan gejala-gejala penyakit Alzheimer, dan

8. Boleh membantu mencegah kerosakan berkaitan dengan diabetes, terutamanya kepada mata. 

Apakah tanda-tanda kekurangan?

- Kekurangan vitamin E jarang berlaku pada manusia. 
- Orang yang tidak dapat menyerap lemak atau yang mempunyai gangguan terhadap metabolisme lemak tidak dapat menyerap vitamin E. 
-Bayi pra-matang atau sangat rendah berat lahir dan individu dengan keabnormalan genetik yang berlaku dalam pemindahan protein alfa-tokoferol juga mungkin mempunyai risiko.
"Gejala kekurangan Vitamin E termasuk najis berminyak, cirit-birit kronik dan ketidakupayaan untuk mengeluarkan hempedu." 

Berapa banyak vitamin E diperlukan oleh orang dewasa?

Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), Amerika Syarikat Disyorkan Harian (RDA) untuk orang dewasa lebih tua daripada 14 tahun adalah 15 mg (atau 22.5 IU); 
wanita hamil mana-mana umur perlu mendapatkan 15 mg (atau 22.5 IU); dan 
Wanita yang menyusu perlu mengambil 19 mg (atau 28.5 IU). 


Dr Weil mengesyorkan pengambilan vitamin E yang menyediakan dos harian minimum sebanyak 80 mg termasuk kompleksnya, termasuk campuran tocopherols dan campuran tokotrienol campuran. Ia harus menyediakan sekurang-kurangnya 10 mg tokotrienol.


Jika anda tidak mendapat jumlah tersebut, disarankan mencari produk supplement dengan campuran tocopherols semula jadi (400-800 IU setiap hari).


***Elakkan dl-alpha-tokoferol kerana ia berbentuk sintetik. 
Vitamin E dari Shaklee adalah  BERBENTUK ORGANIK

Berapakah kanak-kanak perlukan?

Amaun NIH's RDA and Pengambilan Mencukupi (AI):
  • kanak-kanak 1-3 tahun, 6 mg / hari (9 IU / hari) 
  • kanak-kanak 4-8 ​​tahun, 7 mg / hari (10.5 IU / hari) 
  • kanak-kanak 9-13 tahun, 11 mg / hari (16.5 IU / hari). 

Bagaimana anda mendapat cukup vitamin E daripada makanan?

Sumber makanan yang baik vitamin E termasuk 
  • minyak sayuran, 
  • avocado, bayam, 
  • biji bunga matahari, 
  • germa gandum, 
  • kacang, dan 
  • bijirin penuh. 

Apakah risiko jika berlebihan vitamin E?

Kecuali kesan antikoagulan, vitamin E tidak mempunyai ketoksikan atau sampingan kesan. 

melainkan - Vitamin E dalam dos yang tinggi boleh mengganggu keupayaan badan untuk beku darah, menimbulkan risiko kepada orang sudah mengambil pencair darah ditetapkan. 


Adakah terdapat apa-apa pertimbangan khas lain? 

  • Kerana vitamin E adalah larut lemak, ia terbaik diserap apabila diambil dengan hidangan yang mengandungi lemak. 
  • Vitamin E kehilangan potensi apabila terdedah kepada udara, haba, dan cahaya, jadi makanan tambahan perlu disimpan di tempat sejuk yang gelap. 
  • Orang yang mengambil antikoagulan (pencair darah atau aspirin) perlu mengambil makanan tambahan vitamin E hanya di bawah pengawasan doktor. 
  • Jika anda mengambil statin, tidak melebihi 800 IU vitamin E kerana ia boleh secara mendadak mengurangkan manfaat beberapa ubat kolesterol. 
  • Kesan-kesan buruk juga boleh berlaku apabila mengambil vitamin E bersama ubat-ubatan kemoterapi, atau minyak mineral. 
  • Penyerapan Vitamin E boleh diubah apabila mengambil farmaseutikal Cholestyramine, Colestipol dan Orlistat. 
  • Tahap vitamin E mungkin terjejas oleh ubat-ubatan berkaitan sawan, zink dan minyak ikan. 
  • Dos yang tinggi vitamin E boleh meningkatkan keperluan vitamin K badan, dan peningkatan pengambilan asid lemak omega-6 boleh meningkatkan keperluan vitamin E oleh badan. 

*Dikemaskini oleh: Andrew Weil, MD, dan Brian Becker, MD, pada 29 Oktober, 2012 
*sumber http://www.drweil.com/drw/u/ART02813/facts-about-vitamin-e




Vita-E Complex -  Vitamin E keluaran Shaklee


Untuk Beli,

Boleh hubungi saya,

Aimi Farhana Yusof (id 1094719) - Pengedar Shaklee Berdaftar

No Tel: 019-2076058




COD area: Jerteh dan seluruh Besut, Setiu, Pasir Puteh, Kota Bharu. 




Fakta Mengenai Vitamin E