Man City juara Liga Perdana Inggeris
Foto AFPMANCHESTER: Manchester City raih kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas lengkap aksi terakhir liga menewaskan West Ham United 2-0 di Stadium Etihad, sebentar tadi.
KAMI JUARA...Pemain tengah Manchester City dari Perancis, Samir Nasri (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Pablo Zabaleta pada perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini menentang West Ham United di Stadium Etihad, Manchester, sebentar tadi. Keputusan penuh Man City menang 2-0. -
City yang sekurang-kurangnya perlu seri pada perlawanan ini untuk mengetepikan cabaran Liverpool di tempat kedua, menjaringkan gol pertama menerusi ledakan Samir Nasri pada minit ke-39
Masuk separuh masa kedua, City mengukuhkan buruan trofi kejuaraan menerusi jaringan gol kedua menerusi pemain pertahanan, Vincent Kompany pada minit ke-49.
No comments:
Post a Comment
Komen anda