Fungsi Vitamin E Shaklee
By: Aimi Farhana Yusof
Umum memang mengetahui bahawa Vitamin E adalah vitamin kulit, vitamin wanita dan vitamin cantik. Namun tidak ramai yang mengetahui Vitamin E juga adalah vitamin lelaki, vitamin subur dan vitamin mengelakkan sakit jantung. Namun dalam artikel ini saya cuba fokus terhadap vitamin E dalam kecantikan kulit.
Selain FUNGSI, anda tahukah BAGAIMANA DAN CARA vitamin ini berfungsi? Oleh itu anda mesti baca artikal ini sehinggan habis. Selepas baca artikel ini, anda akan ingat sampai bila-bila apa bestnya pasal Vitamin E ni.
Memang ramai yang menggunakan vitamin E untuk menghilangkan parut dan mencerahkan kulit. Ya betul, mereka telah mendapatkan produk yang betul untuk tujuan ini dan saya sangat-sangat cadangkan anda ambil Vitamin E Shaklee. Saya sendiri pun ambil. Jadi saya akan kongsi cara cantikkan kulit dengan Vitamin E cara Shaklee secara spesifik.
Istimewa untuk anda yang baca artikel ni, saya akan ceritakan juga kenapa Vitamin E Shaklee PALING SELAMAT dan apa PANTANG untuk Vitamin E.
Jom belayar bersama saya;
Ini adalah cara bagaimana Vitamin E boleh mencantikkan kulit anda:
1) SUMBER ANTIOKSIDAN
Vitamin E Shaklee mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi yang berupaya melindungi dan merawat kulit dengan cara menghalang kesan radikal bebas dengan berkesan. Tahukah anda radikal bebas akan merosakkan merosakkan lapisan dan rantaian kolagen dan penyebab kepada kulit kering? Kulit yang kering adalah kulit yang tidak sihat, mempercepatkan penuaan dan kedutan.
Selain itu, antioksidan yang tinggi berupaya mengurangkan risiko kanser, risiko kerosakan sel (dengan kata lain lambat tua), meningkatkan keaktifan pembaharuan sel, meningkatkan ketahanan kulit.
2) MEYEMBUHKAN KULIT
Ia bagaikan bonus dan hadiah dari Yang Di Atas terhadap kulit. Pelbagai masalah kulit boleh disembuhkan dengan penggunaan kerap dan teratur vitamin E. Ekzema contohnya boleh dirawat dengan vitamin E Shaklee. Caranya, sapukannya ke kawasan ekzema. Kandungan antioksidan dalam Vitamin E akan melegakan pedih dan keradangan pada kulit. Pengambilan melalui mulut pula akan memberi ketahanan pada seluruh badan. Begitu juga pori-pori yang besar boleh disembuhkan selepas pengambilan untuk tempoh tertentu mengikut keadaan keseriusan bukaan pori-pori anda.
3) MENEGANGKAN KULIT DAN MENGHALANG KEDUTAN BARU
Vitamin E Shaklee berupaya mencantikkan kulit dengan merangsang penghasilan kolagen. Kolagen adalah ikatan protein yang memberi kenjalan dan 'memegang' kulit daripada jatuh atau menggelebir. Kolagen pada kulit adalah berkadar songsang dengan usia. Semakin meningkat usia, semakin kurang penghasilan kolagen lalu kulit semakin berkedut.
Namun, dalam dunia moden dan sains teknologi ini, para saintis telah menemui beberapa kaedah untuk melawan penuaan. Salah satunya dengan pengambilan atau suntikan kolagen, makanan perangsang kolagen, sapuan kolagen dan sebagainya. Makanan perangsang kolagen salah satunya ialaha VITAMIN E.
Jadi, untuk meningkatkan, mengembalikan dan merangsang penghasilan kolagen, disarankan mengambil VIAMIN E Shaklee yang natural ini di samping menghalang kedutan baru.
4) MENGURANGKAN KESAN AKIBAT SELARAN MATAHARI (SUNBURN)
Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E yang berterusan akan mengurangkan berlakunya ‘sunburn’ akibat dari sinaran Ultraviolet B (UVB). Anda perlu tahu bahawa dalam keadaan, cuaca, penipisan lapisan ozon dan kebocoran lapisan ozon di zaman sekarang, kandungan SPF 15 atau SPF 30 yang kononnya bonus di dalam krim dan losyen muka yang dibanggakan oleh pengeluar produk kosmetik di luar sana adalah tidak mencukupi. Anda memerlukan sekurang-kurangnya SPF 50 dan ia mestilah disertakan dengan ++ dan lengkap dengan perlindungan terhadap UVA dan UVB. Jadi, PASTIKAN anda menggunakan krim kecantikan atau 'sunblock' yang bertulis sekurang-kurangnya SPF 50++ UVA UVB jika anda terdedah kepada matahari semasa pergi dan pulang dari kerja walaupun berada di dalam kereta.
( Rujuk Health.howstuffworks)
5) MELEGAKAN KEPEDIHAN AKIBAT SELARAN MATAHARI (SUNBURN)
Sapukan Vitamin E Shaklee pada kulit yang terkena selaran matahari (sunburn). Khasiat Vitamin E Shaklee akan diserap ke dalam lapisan epidermis dan merawat kecederaan kulit akibat sinar UV. Vitamin E juga membantu melegakan kesakitan dan kepedihan pada kulit. Ia biasa terjadi kepada mereka yang terdedah di bawah sinaran matahari yang terik secara berterusan dalam tempoh yang lama, mereka yang berjemur di pantai (sunbathing) untuk tanning kulit, akibat aktiviti menyelam atau diving.
6) MEMUDARKAN PARUT DAN 'STRETCH MARKS'
Vitamin E juga boleh disapukan kepada parut lama dan baru untuk untuk menghilangkan parut dan 'stretch marks' dengan lebih cepat. 'Stretch Marks' ialah parut regangan yang terhasil akibat kulit menegang dalam kadar yang cepat atau melebihi kuasa kulit. Biasa terjadi kepada ibu mengandung atau mereka yang gemuk.
Cucuk atau gunting sedikit kapsul coklat tersebut, kemudian picit perlahan-lahan minyak Viamin E ke parut atau dipicit ke atas jari atau tapak tangan kemudian sapukan pada parut. Lama-kelamaan parut akan hilang dan diganti dengan kulit yang mulus dan gebu.
7) MENGELAKKAN KULIT HILANG LEMBAPAN
Vitamin E Shaklee melindungi kulit daripada kehilangan air bagi mengekalkan kelembapan and kesihatan kulit. Tahukah anda selain kulit kering, kulit berminyak juga adalah tanda kekurangan air dan lembapan terhadap kulit? Akibatnya, pori-pori membesar, jerawat dan sebagainya. kulit kering pula cenderung untuk ke arah tona kulit tidak sekata, kulit kasar, mempercepatkan proses kedutan dan penuaan.
Vitamin E juga membantu mengekalkan keseimbangan minyak pada kulit agar kulit lebih cantik. Oleh itu, penghasilan jerawat akibat sebum yang terlalu aktif, penyumbatan pori akibat kulit berminyak kulit tidak bersih dapat dielakkan.
[ Sumber MDHealth]
8) SEBAGAI PENCUCI MUKA
Vitamin E Shaklee juga boleh digunakan sebagai toner dan pencuci muka. sapukan vitamin E pada muka dalam urutan bulat dengan ‘Cotton ball’ akan membantu mencuci kotoran yang melekat akibat aktiviti harian.
SUMBER VITAMIN E
Dalam diet harian, sumber vitamin E boleh diambil daripada minyak sayuran, minyak jagung, kekacang, kentang, epal, bayam beberapa jenis buah dan sayuran. Tapi kalau nak yang sama natural tetapi cukup zatnya anda hanya perlu ambil Vitamin E Shaklee. Mudah!
VITAMIN E SHAKLEE SELAMAT UNTUK DIGUNAKAN TANPA WAS-WAS KERANA:
-Vitamin E Shaklee bukan bersifat sintetik. Bermakna, Vitamin E Shaklee adalah semulajadi daripada kapsulnya sehinggalah koloid dalam kapsul itu sendiri. Vitamin E Shaklee mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.
Setiap kapsul gel lembut memberikan:
• 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
• Membantu dalam memelihara kesihatan baik.
Malah ia juga tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.
[ Sumber Shaklee Malaysia]
Hubungi saya untuk vitamin E anda;
Aimi Farhana binti Yusof (ID 1094719)
Tel / WhatsApp: 019-2076058
Facebook : Good Vitamin For Health
Kawasan COD: Besut, Setiu, Pasir Puteh
Fungsi Vitamin E Shaklee
No comments:
Post a Comment
Komen anda