Tabiat Yang Tanpa Sedar Mengundang Jerawat
By: Aimi Farhana Yusof
Adakah anda dalam kategori individu yang telah melakukan pelbagai cara tetapi jerawat tetap menyinggah? Duit beribu-ribu telah dihabiskan berjumpa pakar kulit, mencuba pelbagai produk daripada tradisional hingga paling moden, daripada murah sehingga ribuan ringgitTahukah anda banyak tabiat seharian anda yang dirasakan biasa tapi mengundang jerawat di muka?
Saya pernah mempunyai masalah acne yang teruk sehingga mengurangkan self-esteem dan pelbagai produk telah diguna. Setelah mengutip pengalaman, tips dan petua samada dari selebriti, orang-orang lama dan mereka yang berjaya keluar daripada belenggu acne dan jerawat, ia menjadi amalan sehingga kini dan Alhamdulillah jerawat jarang menyinggah.
Saya pernah mempunyai masalah acne yang teruk sehingga mengurangkan self-esteem dan pelbagai produk telah diguna. Setelah mengutip pengalaman, tips dan petua samada dari selebriti, orang-orang lama dan mereka yang berjaya keluar daripada belenggu acne dan jerawat, ia menjadi amalan sehingga kini dan Alhamdulillah jerawat jarang menyinggah.
- Cuci muka dengan pencuci muka lembut. Seeloknya daripada bahan semulajadi atau organik.
- Jika kulit memang jenis berjerawat atau acne, seeloknya cuci muka 3 kali sehari. Jadikan rutin mencuci muka waktu pagi dan malam. Kemudian cuci muka sebelum solat zuhur atau asar. Jadi cukup 3 kali. Ini kerana mereka yang ber-acne cenderung untuk berminyak. Minyak akan memerangkap kotoran dan debu seterusnya memburukkan lagi jerawat anda.
- Setelah mencuci muka, ELAKKAN LAP MUKA dengan tuala sebaliknya gunakan tisu muka. Ini kerana tuala digunakan berkali-kali tanpa membasuhnya. Melainkan jika anda sememangnya menggunakan tuala sekali sahaja setiap kali dan kemudian mencucinya, anda boleh teruskan. Namun pastikan tiada kuman melekat pada tuala dengan menjemur di bawah cahaya matahari dan di tempat yang bersih udaranya.
- Sentiasa CUCI berus mekap, span bedak kompak anda. Cuci seminggu sekali dengan pencuci muka dan bilas dengan air panas. Kenapa guna pencuci muka? Ini kerana detergent dan sabun mandi boleh melelaskan atau mendatangkan alergi kepada mereka yang berkulit sensitif. Jika anda ber-acne, bermakna anda berkulit sensitif.
- Minum air kosong sehingga urin anda jernih tidak berwarna. Acne singgah sebagai tanda sistem dalam anda bertoksin.
- Jangan amalkan menyentuh muka. Hanya sentuh jika perlu dan cuci dahulu tangan dengan bersih. Tangan dan jari anda adalah tempat paling banyak kuman berkumpul.
- Cuci dan tukar SARUNG BANTAL DAN CADAR sekerap mungkin, sekurang-kurangya seminggu sekali.
- Jangan biarkan rambut menyentuh muka kerana terdapat kotoran dan peluh yang terperangkap pada rambut walaupun bertudung.
- Semasa memakai tudung, elakkan daripada terkena muka kerana anak tudung yang diguna berulang kali sebenarnya terdapat banyak kotoran, sisa sel kulit mati dan kuman peluh.
- Elakkan berjemur di bawah panas dan matahari kerana ia boleh memburukkan lagi jerawat anda.
- GUNAKAN SPATULA ATAU SUDU untuk menceduk krim muka dan oleskan pada belakang tangan sebelum menyapu krim ke muka.
- Jika mengelap muka kerana berpeluh atau berminyak, JANGAN SAPU sebaliknya tekan secara lembut bahagian tersebut dan seeloknya guna tisu berlainan untuk sapu dahi, pipi, hidung dan dagu.
- Jangan berkongsi berus dan span make-up.
- Jauhi makanan laut (seafood), makan berminyak dan makanan segera, makanan bertepung dan daging merah. Cuba berpantang makanan-makanan begini selama 3 bulan dan lihat hasilnya. Jika nak menggoreng, gantikan dengan minyak zaitun. Seeloknya jauhi deep-fry. Minyak zaitun pula pilih yang virgin oil.
- Jika anda telah mengikut segala amalan ini namun hasil adalah sama, bermakna anda perlukan bantuan luar untuk membuang akumulasi toksin di dalam badan, untuk membersih darah dan usus, untuk mempercepatkan jerawat surut, membunuh bakteria penyebab jerawat dan meningkatkan imunisasi melawan kuman penyebab jerawat mengikut kondisi dan keperluan badan anda.
Yang ikhlas membantu,
Aimi Farhana Yusof
ID 1094719
No tel, WhatsApp : 019-2076058
Kak Long kawasan: Besut, Setiu, Pasir Puteh
Tabiat Yang Tanpa Sedar Mengundang Jerawat
No comments:
Post a Comment
Komen anda