By: Aimi Farhana Yusof
Setelah berpuasa selama sebulan, kini tibalah syawal yang dinanti tanda kemenangan melawan hawa nafsu makan sepanjang bulan ramadhan. Semoga dengan berlapar dan dahaga di siang hari selama sebulan dapat mengingatkan kita kepada mereka yang kurang bernasib baik sama ada yang fakir tidak cukup makannya maupun yang kebuluran akibat perang seperti di Darfur.
Sempena Syawal yang penuh barakah ini, saya dengan rendah hati dan syukur, saya ingin mengucapkan selamat hari raya idul fitr kepada yang menyambutnya. Dalam bergembira, tidak lupa juga kepada mereka yang berduka di atas kehilangan pesawat MAS MH 17 dan MH370 dan saudara kita yang sedang dalam situasi hujan peluru dan bom dari Israel laknatullah. Semoga mereka tabah dan diberi kekutan dalam menghadapi dugaan hebat ini.
Semoga raya kali ini disambut dengan bersederhana tanpa pembaziran dan riak. Marilah kita kembali kepada sunnah Rasul yang Agung.
SELAMAT HARI RAYA IDUL FITR 2014
MAAF ZAHIR BATIN
EID MUBARAK
Ikhlas dari Aimi dan keluarga
Selamat Hari Raya Idul Fitr 2014
No comments:
Post a Comment
Komen anda