Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

July 29, 2014

KI BUANG LOGO SHAKLEE DALAM WEBSITE MEREKA

KI BUANG LOGO SHAKLEE DALAM WEBSITE MEREKA

By: Aimi Farhana Yusof

Baru-baru ini kecoh tentang hal satu laman web yang dikatakan orang kuat zionist Israel ada logo shaklee pada laman web mereka. Laman web yang dimaksudkan ialah "KENESETHISRAEL.COM" yang dikatakan menyumbang dana kepada negara haram Israel melalui Shaklee sehingga menimbulkan viral di laman-laman sosial malaysia. Walaupun Ibu Pejabat Shaklee Malaysia menafikan keterlibatan di dalam sumbangan dana tersebut, masih ramai yang keliru dan ambil keputusan tidak percaya lagi pada Shaklee kerana dianggap rakan zionis. 

     Sebenarnya, laman web persatuan NGO yang pro Israel yang lebih dikenal sebagai KI itu dikendalikan oleh seorang SID atau Shaklee Independent Distrubutor. Dia hanyalah ahli Shaklee yang menjual barang Shaklee kemudian keuntungan sebanyak mana yang dinyatakan dalam urusan jual beli akan disalurkan kepada dana Israel.

Kes nya sama macam kalau kita barang di pasaraya dengan slogan beli sambil menderma kepada rumah kebajikan contohnya. Cuma bezanya KI menyatakan bahawa beli sambil menderma kepada Israel. 

Saya pula menggunakan kaedah beli sambil menderma kepada Gaza!


Dan beberapa hari lepas, website "KENESETHISRAEL.COM" telah menurunkan logo Shaklee daripada website mereka. Shaklee telah mengeluarkan amaran kepada website tersebut agar menurunkan logo shaklee kerana Shaklee tidak pernah menderma dana untuk Israel dan tiada kaitan dengan zionis Israel. Selain itu, atas isu sensitiviti masyarakat global dan Isu kemanusiaan, Shaklee juga tidak mahu terlibat dengan sebarang urusan kekejaman zionis Israel.

Ini kerana Shaklee wujud untuk menyihatkan umat manusia bukannya membunuh mereka yang tidak berdosa.



Bukti website KI sudah menurunkan logo Shaklee daripada website mereka



Marilah kita sama-sama menderma kepada dana bantuan gaza atas dasar kemanusiaan jika bukan agama sebagai alasan.



Bagaimana nk order 
SHAKLEE SAMBIL MENDERMA KEPADA GAZA? 

Boleh hubungi saya,


Aimi Farhana Yusof - Pengedar Shaklee Berdaftar
No Tel: 019-2076058
COD area: Jerteh, Setiu, Pasir Puteh, Kota Bharu.


July 28, 2014

Selamat Hari Raya Idul Fitr 2014

By: Aimi Farhana Yusof


     Setelah berpuasa selama sebulan, kini tibalah syawal yang dinanti tanda kemenangan melawan hawa nafsu  makan sepanjang bulan ramadhan. Semoga dengan berlapar dan dahaga di siang hari selama sebulan dapat mengingatkan kita kepada mereka yang kurang bernasib baik sama ada yang fakir tidak cukup makannya maupun yang kebuluran akibat perang seperti di Darfur.
     Sempena Syawal yang penuh barakah ini, saya dengan rendah hati dan syukur, saya ingin mengucapkan selamat hari raya idul fitr kepada yang menyambutnya. Dalam bergembira, tidak lupa juga kepada mereka yang berduka di atas kehilangan pesawat MAS MH 17 dan MH370 dan saudara kita yang sedang dalam situasi hujan peluru dan bom dari Israel laknatullah. Semoga mereka tabah dan diberi kekutan dalam menghadapi dugaan hebat ini.

     Semoga raya kali ini disambut dengan bersederhana tanpa pembaziran dan riak. Marilah kita kembali kepada sunnah Rasul yang Agung.



SELAMAT HARI RAYA IDUL FITR 2014

MAAF ZAHIR BATIN

EID MUBARAK





Ikhlas dari Aimi dan keluarga





Selamat Hari Raya Idul Fitr 2014

July 19, 2014

Kenyataan Ibu Pejabat Shaklee Berhubung Isu Dana Israel

Kenyataan Ibu Pejabat Shaklee Berhubung Isu Dana Israel

By: Aimi Farhana Yusof

Kecoh dalam seminggu dua ni pasal Shaklee ada hubung kait dengan zionis Israel melalui persatuan Keneseth Israel Congregation. Ada yang kata dan upload gambar laman web dan blog penyokong dan penyumbang dana Israel dan ada logo Shaklee pada blog tersebut. Kecoh sekejap media sosial berkaitan Shaklee penyokong Israel, dan menyumbang dana kepada negara haram Israel. Sudahnya, Ibu Pejabat Shaklee keluarkan jawapan bertulis berhubung isu Israel ini.



Kesnya macam lebih kurang macam ni, tuan punya website KI adalah seorang SID shaklee atau bahasa mudahnya ahi shaklee yang jual barang shaklee. Sebagai seorang penyokong Israel, dia salurkan dana kepada pertubuhan yang support Israel. Macam yang ada pihak yang buat, sapa beli apa-apa produk jualan mereka, satu jumlah wang hasil daripada jualan tersebut disalurkan kepada pertubuhan kebajikan, rumah anak yatim, majlis kanser dan macam-macam lagi. Jadi pemilik laman web KI ni isytihatkan sapa2 yang beli produk Shaklee dengan dia, yang beli produk dia melalui amazon.com akan secara otomatik menderma secara tak langsung kepada Israel. 

KESIMPULANNYA, DIA HANYALAH AHLI SHAKLEE YANG JUAL BARANG SHAKLEE, KEMUDIAN UNTUNG JUAL SHAKLEE, DIA SALURKAN KEPADA ISRAEL. BUKANNYA SYARIKAT SHAKLEE YANG SALURKAN DANA TERSEBUT.

Cuba perhatikan dan kaji sedikit sahaja, kita boleh nampak yang bahawasanya yang kutip dana dan support adalah SID Shaklee bukannya syarikat Shaklee. Sebab dia pun ada tulis 'Support KI' kemudian di bawahnya ada icon Shop Amazon through Kenneth Israel' dan logo shaklee..BUKANNYA TULIS 'OUR SUPPORTERS' yang bermaksud orang kuat kami.











July 17, 2014

Tabiat Yang Tanpa Sedar Mengundang Jerawat

Tabiat Yang Tanpa Sedar Mengundang Jerawat

By: Aimi Farhana Yusof

Adakah anda dalam kategori individu yang telah melakukan pelbagai cara tetapi jerawat tetap menyinggah? Duit beribu-ribu telah dihabiskan berjumpa pakar kulit, mencuba pelbagai produk daripada tradisional hingga paling moden, daripada murah sehingga ribuan ringgitTahukah anda banyak tabiat seharian anda yang dirasakan biasa tapi mengundang jerawat di muka? 

Saya pernah mempunyai masalah acne yang teruk sehingga mengurangkan self-esteem dan pelbagai produk telah diguna. Setelah mengutip pengalaman, tips dan petua samada dari selebriti, orang-orang lama dan mereka yang berjaya keluar daripada belenggu acne dan jerawat, ia menjadi amalan sehingga kini dan Alhamdulillah jerawat jarang menyinggah.




Di sini saya cuba berikan petua mengelakkan jerawat.

July 14, 2014

KAEDAH MEMBUANG SELULIT DENGAN MUDAH

KAEDAH MEMBUANG SELULIT DENGAN MUDAH

By:  Aimi Farhana Yusof

Selulit tidak hanya menjadi masalah kepada orang gemuk sahaja tetapi turut menjadi igauan ngeri kepada orang kurus. Selulit orang yang kurus ternyata masalah biasa. Selulit pada individu kurus biasanya bertumpu di kawasan lengan, peha, betis dan perut bagi yang pernah mengandung. Selulit lebih sukar untuk disingkirkan berbanding lemak biasa disebabkan selulit ialah dalam bentuk gumpalan sel lemak yang mengikat sel kulit epidermis.

Tahukah anda ada cara yang mudah untuk singkirkan selulit dengan mudah?

Tahukah anda bahawa UBAT SAPU BOLEH MEROSAKKAN KULIT? jika tidak bernasib baik, KANSER KULIT menanti.

Ini kerana....

Biasanya produk buang selulit adalah dalam bentuk sapu dan agak panas. Tapi kulit manusia tidak sesuai dan tidak mempunyai daya ketahanan dan daya rintangan terhadap haba yang tinggi. Ini kerana selulit ialah benjolan dan gumpulan tisu lemak di bawah epidermis. Epidermis pula adalah lapisan kulit yang nipis. Nampak tak di situ, cara kerja krim sapuan buang selulit. Ia disapu pada kulit supaya menyerang lemak di bawah kulit yang nipis. Lama kelamaan kesannya ialah KERADANGAN KULIT.



ini ialah struktur ikatan selulit di bawah kulit 


Jadi macam mana nak buang selulit secara selamat?

July 13, 2014

Fungsi Vitamin E Shaklee

Fungsi Vitamin E Shaklee



By: Aimi Farhana Yusof


Umum memang mengetahui bahawa Vitamin E adalah vitamin kulit, vitamin wanita dan vitamin cantik. Namun tidak ramai yang mengetahui Vitamin E juga adalah vitamin lelaki, vitamin subur dan vitamin mengelakkan sakit jantung. Namun dalam artikel ini saya cuba fokus terhadap vitamin E dalam kecantikan kulit.

Selain FUNGSI, anda tahukah BAGAIMANA DAN CARA vitamin ini berfungsi? Oleh itu anda mesti baca artikal ini sehinggan habis. Selepas baca artikel ini, anda akan ingat sampai bila-bila apa bestnya pasal Vitamin E ni.

     Memang ramai yang menggunakan vitamin E untuk menghilangkan parut dan mencerahkan kulit. Ya betul, mereka telah mendapatkan produk yang betul untuk tujuan ini dan saya sangat-sangat cadangkan anda ambil Vitamin E Shaklee. Saya sendiri pun ambil. Jadi saya akan kongsi cara cantikkan kulit dengan Vitamin E cara Shaklee secara spesifik.

     Istimewa untuk anda yang baca artikel ni, saya akan ceritakan juga kenapa Vitamin E Shaklee PALING SELAMAT dan apa PANTANG untuk Vitamin E.



Jom belayar bersama saya;





Ini adalah cara bagaimana Vitamin E boleh mencantikkan kulit anda:



1) SUMBER ANTIOKSIDAN

Vitamin E Shaklee mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi yang berupaya melindungi dan merawat kulit dengan cara menghalang kesan radikal bebas dengan berkesan. Tahukah anda radikal bebas akan merosakkan merosakkan lapisan dan rantaian kolagen dan penyebab kepada kulit kering? Kulit yang kering adalah kulit yang tidak sihat, mempercepatkan penuaan dan kedutan. 

Selain itu, antioksidan yang tinggi berupaya mengurangkan risiko kanser, risiko kerosakan sel (dengan kata lain lambat tua), meningkatkan keaktifan pembaharuan sel, meningkatkan ketahanan kulit.


2) MEYEMBUHKAN KULIT

Ia bagaikan bonus dan hadiah dari Yang Di Atas terhadap kulit. Pelbagai masalah kulit boleh disembuhkan dengan penggunaan kerap dan teratur vitamin E. Ekzema contohnya boleh dirawat dengan vitamin E Shaklee. Caranya, sapukannya ke kawasan ekzema. Kandungan antioksidan dalam Vitamin E akan melegakan pedih dan keradangan pada kulit. Pengambilan melalui mulut pula akan memberi ketahanan pada seluruh badan. Begitu juga pori-pori yang besar boleh disembuhkan selepas pengambilan untuk tempoh tertentu mengikut keadaan keseriusan bukaan pori-pori anda.


3) MENEGANGKAN KULIT DAN MENGHALANG KEDUTAN BARU

Vitamin E Shaklee berupaya mencantikkan kulit dengan merangsang penghasilan kolagen. Kolagen adalah ikatan protein yang memberi kenjalan dan 'memegang' kulit daripada jatuh atau menggelebir. Kolagen pada kulit adalah berkadar songsang dengan usia. Semakin meningkat usia, semakin kurang penghasilan kolagen lalu kulit semakin berkedut. 

Namun, dalam dunia moden dan sains teknologi ini, para saintis telah menemui beberapa kaedah untuk melawan penuaan. Salah satunya dengan pengambilan atau suntikan kolagen, makanan perangsang kolagen, sapuan kolagen dan sebagainya. Makanan perangsang kolagen salah satunya ialaha VITAMIN E. 

Jadi, untuk meningkatkan, mengembalikan dan merangsang penghasilan kolagen, disarankan mengambil VIAMIN E Shaklee yang natural ini di samping menghalang kedutan baru. 


4) MENGURANGKAN KESAN AKIBAT SELARAN MATAHARI (SUNBURN)

Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E yang berterusan akan mengurangkan berlakunya ‘sunburn’ akibat dari sinaran Ultraviolet B (UVB). Anda perlu tahu bahawa dalam keadaan, cuaca, penipisan lapisan ozon dan kebocoran lapisan ozon di zaman sekarang, kandungan  SPF 15 atau SPF 30 yang kononnya bonus di dalam krim dan losyen muka yang dibanggakan oleh pengeluar produk kosmetik di luar sana adalah tidak mencukupi. Anda memerlukan sekurang-kurangnya SPF 50 dan ia mestilah disertakan dengan ++ dan lengkap dengan perlindungan terhadap UVA dan UVB. Jadi, PASTIKAN anda menggunakan krim kecantikan atau 'sunblock' yang bertulis sekurang-kurangnya SPF 50++ UVA UVB jika anda terdedah kepada matahari semasa pergi dan pulang dari kerja walaupun berada di dalam kereta. 
( Rujuk Health.howstuffworks)


5) MELEGAKAN KEPEDIHAN AKIBAT SELARAN MATAHARI (SUNBURN)

Sapukan Vitamin E Shaklee pada kulit yang terkena selaran matahari (sunburn).  Khasiat Vitamin E Shaklee akan  diserap ke dalam lapisan epidermis dan merawat kecederaan kulit akibat sinar UV. Vitamin E juga membantu melegakan kesakitan dan kepedihan pada kulit. Ia biasa terjadi kepada mereka yang terdedah di bawah sinaran matahari yang terik secara berterusan dalam tempoh yang lama, mereka yang berjemur di pantai (sunbathing) untuk tanning kulit, akibat aktiviti menyelam atau diving.


6) MEMUDARKAN PARUT DAN 'STRETCH MARKS'
Vitamin E juga boleh disapukan kepada parut lama dan baru untuk untuk menghilangkan parut dan 'stretch marks' dengan lebih cepat. 'Stretch Marks' ialah parut regangan yang terhasil akibat kulit menegang dalam kadar yang cepat atau melebihi kuasa kulit. Biasa terjadi kepada ibu mengandung atau mereka yang gemuk. 
Cucuk atau gunting sedikit kapsul coklat tersebut, kemudian picit perlahan-lahan minyak Viamin E ke parut atau dipicit ke atas jari atau tapak tangan kemudian sapukan pada parut. Lama-kelamaan parut akan hilang dan diganti dengan kulit yang mulus dan gebu.


7) MENGELAKKAN KULIT HILANG LEMBAPAN
Vitamin E Shaklee melindungi kulit daripada kehilangan air bagi mengekalkan kelembapan and kesihatan kulit. Tahukah anda selain kulit kering, kulit berminyak juga adalah tanda kekurangan air dan lembapan terhadap kulit? Akibatnya, pori-pori membesar, jerawat dan sebagainya. kulit kering pula cenderung untuk ke arah tona kulit tidak sekata, kulit kasar, mempercepatkan proses kedutan dan penuaan.
Vitamin E juga membantu mengekalkan keseimbangan minyak pada kulit agar kulit lebih cantik. Oleh itu, penghasilan jerawat akibat sebum yang terlalu aktif, penyumbatan pori akibat kulit berminyak kulit tidak bersih dapat dielakkan.

[ Sumber MDHealth]


8) SEBAGAI PENCUCI MUKA

Vitamin E Shaklee juga boleh digunakan sebagai toner dan pencuci muka. sapukan vitamin E pada muka dalam urutan bulat dengan ‘Cotton ball’ akan membantu mencuci kotoran yang melekat akibat aktiviti harian.





SUMBER VITAMIN E

Dalam diet harian, sumber vitamin E boleh diambil daripada minyak sayuran, minyak jagung, kekacang, kentang, epal, bayam beberapa jenis buah dan sayuran. Tapi kalau nak yang sama natural tetapi cukup zatnya anda hanya perlu ambil Vitamin E Shaklee. Mudah!


VITAMIN E SHAKLEE SELAMAT UNTUK DIGUNAKAN TANPA WAS-WAS KERANA:

-Vitamin E Shaklee bukan bersifat sintetik. Bermakna, Vitamin E Shaklee adalah semulajadi daripada kapsulnya sehinggalah koloid dalam kapsul itu sendiri. Vitamin E Shaklee mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:

• 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
• Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Malah ia juga tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

[ Sumber Shaklee Malaysia]




Hubungi saya untuk vitamin E anda;


Aimi Farhana binti Yusof (ID 1094719)


Tel / WhatsApp: 019-2076058




Kawasan COD: Besut, Setiu, Pasir Puteh







Fungsi Vitamin E Shaklee

July 12, 2014

Cara Atasi Selulit di Paha

Tips Atasi Selulit di Paha

By: Aimi Farhana binti Yusof



     Selulit di paha atau selulit di mana-mana anggota badan memang mengurangkan point terhadap kecantikan sesiapa sahaja. Selulit bukan sahaja menjadi masalah kepada merka yang berisi atau gempal sahaja tetapi turut menjadi masalah kepada yang kurus. Selulit adalah gumpalan lemak yang terdapat di bawah kulit. Sel-sel lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit lalu menyebabkan teskstur kulit menjadi seperti menggerutu seperti kulit oren. Selulit lazimnnya berlaku pada usia antara 25 hingga 35 tahun dan ia akan menjadi lebih parah apabila umur semakin meningkat. Selulit biasanya lebih tinggi risikonya terhadap wanita berbanding selulit di kalangan lelaki. Pengumpulan selulit pada lelaki tetap ada tetapi jumlahnya berbanding selulit pada wanita lebih sedikit. Ini disebabkan beberapa faktor seperti hormon, kadar metabolisme dan ketebalan epidermis, struktur kulit yang berlainan dan sistem tubuh seorang perempuan dewasa adalah berbeza berbanding lelaki dewasa.





Struktur kulit yang berselulit

July 11, 2014

Kak Long Kawasan Besut Membebel

By: Kak Long Kawasan Besut

Salam Ramadhan blog readers ku sekalian, customers ku sekalian.. Maaf tak dapat membebel dan memberi info yang baik-baik sepanjang dua bulan ini. Kabel Streamyx saya kecurian. Sukar untuk melakukan kerja-kerja seharian tanpa intenet. Rasa macam nak g cari dan ikat pencurik kabel tu kat tiang telefon pun ye jugak. menyusahkan sungguh!!

Kawasan rumah saya kalau tak ada streamyx alamatnya putuslah hubungan..kadang-kadang kalau celcom tu pulak, call pun tak lepas. orang call haram nak masuk. macam duduk di pos orang asli pulak. Silap-silap connection dorang lagi bagus!! So, takyah nak mimpi connection internet LTE lah kalau duduk kt rumah. E aje manjang yang keluar..Parah sungguh..

Biasanya kalau kabel kecurian saya mencari wifi tak berapa nak free di kafe2 dan restoran makanan segera. walaupun tak selaju di rumah, kira oklah..sambil layan kopi mahal, sambil buat kerja.. Kalau masuk ofis jgn harap dapat siap kerja2 tak berapa nak hakiki ni..kadang-kadang nak lunch pun tak dapat. jadi kalau nak blogging, saya biasanya buat di rumah atau di cafe dan restoran. yang penting cari yang ada air-cond ataupun yang windy, breezy gtu..barulah idea mencurah-curah.. Malangnya sekarang bulan puasa, mana ada restoran bukak..kalau bukak pun nak cari maut masuk kedai makan bulan-bulan posa? Sebelum van putih datang angkut pun dah kena halau kot. Dah lah sebelum bulan puasa hari tu sibuk dengan mengganti puasa, tak dapat nak melawat cafe-cafe moden ni..takkan nak duduk kat kedai makan tengok org makan, kita tak makan? Tak ke pelik gitu?

Dah tu kat mana kaklong update blog hari ni? 

Setelah perah idea akhirnya saya temui jalan. Pegi kawasan yang connection celcom bagus, angkut laptop dan handset dan on-kan wifi connection mobile internet. OK KE?? Boleh laaa daripada takde langsung,

Pengajarannya? Kalau nak sesuatu, pikir dan pikir serta bertindaklah..

July 2, 2014

Penawar Semulajadi Kepada Sunburn Teruk

Penawar Kepada Sunburn Teruk

By: Aimi Farhana Yusof

Kepada mereka yang kaki pancing, kaki diving, kaki golf dan yang bersukan di tengah sinaran terik matahari, selaran matahari ataupun sunburn adalah masalah yang sering dialami. Selain muka kelihatan terbakar dan kemerah-merahan, yang lama-kelamaan bertukar menjadi gelap, kepedihan dan penggelupasan adalah masalah yang sering mengganggu.

Kepedihan tersebut boleh dilegakan dengan bahan-bahan semulajadi yang mungkin ada di dalam peti ais anda. Antaranya ialah

1.) Aloe Vera atau Lidah Buaya
      Aloe Vera dapat memberi kesan sejuk kepada kulit yang terbaklar sama ada akibat sinaran matahari ataupun api. Selain menyejukkan kulit, ia juga melembapkan kulit secara semulajadi. Kulit yang terkena cahaya matahari ataupun api perlu berada dalam keadaan lembap sentiasa supaya penyembuhan dapat berlaku, mengelakkan pengelupasan, dan menguranngkan kesakitan.

2) Minyak Zaitun
     Umum memang mengetahui bahawa minyak zaitun banyak kasiatnya. Sapukan minyak zaitun nipis-nipis ke atas kulit yang terlibat, dan anda boleh merasai kesannya. Kepedihan dapat dikurangkan dan kemerahan dapat dihilangkan sedikit demi sedikit. Apabila sapuan mengering, ulang sapu minyak dalam lapisan yang nipis sehingga kepedihan hilang.

3) Minyak Kelapa Dara 
    Minyak Kelapa Dara juga banyak khasiatnya. Kandungan Vitamin E dan C nya tinggi menjadikan ia penawar dan penyembuh kepada luka dan sunburn yang baik. Hanya sapu di kawasan terlibat, lama-kelamaan kesan terbakar boleh dihilangkan.

4) Hirisan Oren
    Hiris buah oren dan letakkan di kawasan yang terkena matahari. Kandungan Vitamin C pada oren mampu mempercepatkan penyembuhan akibat selaran matahari.

5) Timun
    Hiris timun nipis-nipis dan letakkan di kawasan terkena matahari tersebut. Boleh juga dijadikan mask dan disapu di kawasan yang pedih dan terbakar itu. Timun mampu menyejukkan kulit yang terbakar dan pedih itu.

6) Vitamin E Shaklee
     Sapukan Vitamin E Shaklee pada kulit yang terkena selaran matahari (sunburn). Khasiat Vitamin E Shaklee akan diserap ke dalam lapisan epidermis dan merawat kecederaan kulit akibat sinar UV. Vitamin E juga membantu melegakan kesakitan dan kepedihan pada kulit. Ia biasa terjadi kepada mereka yang terdedah di bawah sinaran matahari yang terik secara berterusan dalam tempoh yang lama, mereka yang berjemur di pantai (sunbathing) untuk tanning kulit, akibat aktiviti menyelam atau diving.

7) CoqHealth Plus Shaklee
    Dengan mengambil sebiji CoqHealth Plus Shaklee setiap hari, masalah sunburn anda dapat diselesaikan. terutamya jika yang selalu terdedah kepada matahari untuk suatu tempoh yang lama. Ini kerana CoqHealth Plus berupaya meresap ke dalam mitokondria sel lalu membaiki sel-sel yang rosak. Ia juga bertindak sebagai sunblock semulajadi kulit. Dengan kata lain, ia ibarat memakan sunblock tetapi kesan yang lebih baik. CoqHealth berupaya mengurangkan dan menghilangkan jeragat yang degil yang telah berakar di dalam kulit. Umum mengetahui bahawa jeragat disebabkan oleh kulit yang terdedah kepada sinaran uv yang berterusan atau kekurangan sinaran matahari yang baik yang mengandungi vitamin D.

8) Sapuan Vivix
     Dengan sedikit sapuan vivix kepada kawasan yang terlibat, selaran dan kepoedihan boleh disembuhkan. Ini adalah kerana faktor resveratrol di dalam vivix mampu menembusi DNA dan membaiki struktur DNA yang rosak. Jadi penyembuhan akibat selaran matahari maupun api dapat sempuh dengan sangat cepat. Bila kulit sembuh, kesikatan pun hilang.


Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Aimi Farhana Yusof ( Id: 1094719)

No tel /  WhatsApp : 019-2076058



   

Agen Shaklee yang Berkualiti

Agen Shaklee yang Berkualiti

By: Aimi Farhana Yusof

Semalam saya dihubungi oleh rakan lama untuk consult produk shaklee yang dibeli dari orang lain. Dan kejadian sebegini bukan sekali  dua ia berlaku. Pada mulanya pelik juga, bagaimana perkara sebegini boleh berlaku. Setelah dirisik2 dan ditanya2 kenapa mereka akhirnya mencari saya sedangkan semasa nak membeli, ia dibeli dari orang lain. Rupa-rupanya ramai yang hanya tahu jual Shaklee tetapi tidak pandai jual produk Shaklee. Kasihan pula pada yang terkena, termasuklah kawan baik saya ini.

Bukan mendabik dada mengatakan saya pandai tetapi perlu diingat, kita sebagai peniaga tidak kira apa jenis produk sekalipun, ilmu tentang produk jualan harus ada. selain ilmu tentang produk, ilmu tentang marketing juga perlu. Barulah nanti ada tau apa feedback tentang produk jualan kita, keberkesanan ilmu dan kaedah penyampaian kita.

Malang sekali kepada rakan-rakan saya yang terkena badi Shaklee ini. Duit habis tetapi tidak tahu cara makan sepplement yang betul. Bukan itu sahaja, ada juga malah tidak tau pantang terhadap produk-produk yang dibeli. Ada juga segelintir yang saya lihat memuat naik gambar meminum ESP dan ada susu besi di dalam gelas ESPnya. Ada pula yang mencampur dengan perasa-perasa yang tidak dibolehkan, dan sebagainya. Sedih....Sedih...Duit habis beli vitamin mahal-mahal tetapi hasil tidak maksimum.

Pengajarannya, jika anda mau beli produk shaklee, belilah dari yang berilmu dan yang akan jaga anda. Maksudnya, ada follow up dari agen anda.


Hubungi saya untuk konsultasi percuma,

Aimi Farhana Yusof (ID 1094719)

No. Tel / Whatsapp : 019-2076058

email: aimifarhana184@gmail.com




June 23, 2014

KAFEIN MENYEBABKAN MAHU MENGAMBIL NIKOTIN?

KAFEIN MENYEBABKAN MAHU MENGAMBIL NIKOTIN?

By: Aimi Farhana Yusof

Tahukah anda, jika ingin berhenti merokok anda perlu mengelakkan atau mengurangkan pengambilan kafein? Kafein atau caffeine biasanya terdapat di dalam minuman kopi, teh, cola, dan tumbuhan-tumbuhan tertentu. Kafein dalam jumlah yang sedikit atau sepatutnya mampu mengurangkan dan melegakan migrain, membantu dalam memberi fokus dan menghilangkan mengantuk. 

Namun buruk padahnya jika ketagih kafein. Lebih buruk lagi jika anda adalah perokok. Lebih memburukkan keadaan jika anda ingin berhenti merokok, kerana kafein boleh merangsang keperluan terhadap nikotin. Ini disebabkan setelah pengambilan kafein, kandungan nikotin dalam darah dan tubuh dibawa keluar atau flush-out dengan kadar yang cepat menyebabkan perokok yang terbiasa kandungan nikotin dalam darah adalah tinggi akan merokok untuk mengganti nikotin yang hilang dengan cepat itu. Kehilangan nikotin dengan cepat secara paksa itu menyebabkan tubuh tidak sempat beradaptasi (adapt) jadi neuron-neuron otak menghantar isyarat agar menambah kandungan nikotin. Keadaan ini agak membimbangkan kerana nikotin adalah bendasing dalam tubuh, dan kewujudan bendasing ini keluar masuk dalam tubuh dengan kadar yang cepat. Selain racun-racun seperti tar, racun tikus, bahan pencuci lantai yang berakumulasi dalam tubuh. Lama-kelamaan pelbagai penyakit berbahaya akibat akumulasi atau lambakan racun berbahaya, kanser paru-paru akibat asap rokok selain kandungan nikotin dalam badan.

Jadi kurangkanlah pengambilan kafein, kurangkan dos kafein dalam minuman anda dengan mengurangkan pengambilan kopi, teh maupun kola dalam usaha berhenti merokok.

Untuk bantuan berhenti merokok, saya ada penyelesaiaannya. Tanpa ubat, Tanpa dadah, Tanpa patch yang menyeksakan perokok tegar. Anda hanya merasa rokok itu tawar, selera merokok berkurang dan lama kelamaan diri bersih dari rokok!


Hubungi saya;

Aimi Farhana binti Yusof  (ID: 1094917)

No. Tel / Whatsapp: 019-2076058





June 3, 2014

Cerita Kasut Tumit Tinggi dan Ostematrix

Cerita Kasut Tumit Tinggi dan Ostematrix

By: Aimi Farhana Yusof

Testimoni saya sendiri

Cerita semalam:- sementara menunggu bapa saudara selesai procedure untuk buang batu karang di operation theater di Kpj Perdana Specialist Hospital,Kota Bharu, saya dan dua  kanak-kanak ribena menapak ke parkson kerana kereta yg available di parking lot hospital ala2 treler panjangnya dan giant saiznya. 1st attempt kami tersesat kemudian dgn bantuan gps berjaya juga menapak ke parkson dengan saya memakai 4 inch heels. Jika ditotal dengan jarak salah jalan, rasanya lebih 2km kami menapak...x lagi ditambah jln2 di dlm parkson memilih barang dan naik turun di hospital! Risau jgk kot2 sakit urat lps tu. Nasib baik nak balik ke hospital ayah yang ambik kami sebab dh maghrib. Alhamdulillah kereta panjang dpt tempat parking yg sama sblh kereta giant seperti sblm ayah keluar ambil kami. Dalam pkl 12 malam kami sampai di rmh, penat macam mana pn, gagah kan juga telan OSTEMATRIX 4 biji. Alhamdulillah hari ni x sakit urat. Jadi saya rekomenkan kepada rakan2 yang gemar berstilettos, wedges, hi-heels dan sewaktu dengannya simpan stok ostematrix di rumah.

sekian khidmat masyarakat dari saya.



Cantik kan? Tapi natijahnya kaki berurat, dan lenguh-lenguh serta sakit urat. Jangan risau OSTEMATRIX boleh membantu anda mengatasi masalah ini.


Hubungi saya; 

Aimi Farhana Yusof (id 1094719) - Pengedar Shaklee Berdaftar
No Tel: 019-2076058
COD area: Jerteh dan seluruh Besut, Setiu, Pasir Puteh, Kota Bharu.

May 22, 2014

Ke'sweet'an KJ Terserlah Bila Ambik Sendiri Anak Balik Sekolah


GAMBAR: ‘Sweet Je’ KJ Ambil Anak Balik Sekolah

Tak keterlaluan dikatakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) mempunyai populariti ala-ala artis di negara ini. Rasanya populariti YB KJ macam dah melebihi artis tempatan gayanya.

Tidak ramai politikus malaysia yang cukup popular sehingga disebut dengan nama singkatan sahaja sudah tahu siapa gerangannya.

Jadi selayaknya artis, apa sahaja yang dibuat semua jadi perhatian.

Sampaikan gambar KJ yang datang mengambil anaknya balik dari sekolah seterusnya membantu kanak-kanak melintas jalan pun diambil oleh ‘peminatnya’ yang kemudian memuatnaik gambar tersebut di media sosial.

Rata-rata memberi komen tindakan KJ ini sebagai ‘sweet’ dan bertanggungjawab.

Dari satu segi menghantar dan mengambil anak balik dari sekolah adalah perkara biasa sebenarnya namun apabila seorang MENTERI mempunyai masa untuk melakukannya sudah tentu ia menjadi satu perkara menarik untuk dikongsikan.

Sebelum ini KJ turut dipuji apabila menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan biasa dan bukannya sekolah antarabangsa sebagaimana biasa dilakukan golongan ternama lain. Kan elok mcam tu.. Walaupun KJ bukan menteri yang pertama menghantar anak ke sekolah harian biasa, namun di zaman status adalah segalanya, bukan perkara biasa menteri menghantar anak ke sekolah kerajaan! Sebab tu boleh tabik kepada KJ.

Kos Meminjam Panda Dari China

\

Yang kat atas ni ialah panda dari china yang dipinjamkan kepada malaysia untuk tempoh SEPULUH TAHUN.

 Nama cina panda ni ialah Panda Fu Wa dan Feng Yi. Nama malaysia pulak akan diumumkan bulan depan!

Di sebalik ketibaan kedua panda Fu Wa dan Feng Yi ke Malaysia, pasangan panda atas dasar setiakawan serta pinjaman, ia turut membabitkan kos kepada Malaysia.


Perkara itu sepertimana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012.
1.  Untuk tempoh 10 tahun, Malaysia perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta kepada China setiap tahun untuk membela haiwan berkenaan.
2  Untuk menempatkan pasangan panda, dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar.
3.   Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan.
4. Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.
5. Sekiranya kedua panda membiak, Malaysia perlu membayar China sebanyak RM2 juta dan hanya boleh menyimpan bayi panda itu untuk tempoh 2 tahun.
6. Disclosed amount of insurance 

Kesediaan kerajaan China meminjamkan beruang panda itu disifat sebagai simbol keakraban hubungan kedua negara yang bakal meraikan ulang tahun ke-40 jalinan diplomatik sejak 1974.

Bantahan pinjaman 

Dalm keterujaan menyambut panda ke Malaysia, ada pihak yang membantah tindakan haiwan terancam itu dipinjamkan ke Malaysia.

Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia berpendapat keutamaan perlu diberikan memastikan survival haiwan itu di habitat liar.

Melainkan hasil perjanjian itu membawa pulangan positif kepada pemuliharaan panda dan hidupan liar, WWF melihat ia sebagai satu pembaziran kos.

Ini kerana kos RM3 juta setahun untuk membiayai kedua panda itu dilihat lebih baik digunakan untuk program pemuliharaan haiwan lain khususnya haiwan terancam di malaysia seperti harimau, penyu, orang utan dan badak Sumatra.

Bakal tarik pelancong

Namun jika dilihat skop lebih luas dahulunya Zoo Negara sepi sahaja kini dengan kehadiran panda, ia bakal menarik lebih ramai lagi pelancong.

**tapi lumrah orang malaysia ialah hangat2 tahi ayam..Jangan laku 23 bulan sudahlah ye

ini kerana peminjaman adalah berdasarkan fakta ni;
Kejayaan zoo lain yang mempunyai panda membuktikan haiwan itu merupakan daya tarikan yang cukup memberangsangkan.
Daripada 300 ekor panda gergasi di dalam kurungan, lebih kurang 250 ekor di China manakala 47 ekor di negara-negara lain.
Menurut laporan The Guardian, Zoo Edinburgh berjaya memecah rekod pengunjung dengan kehadiran panda Tian Tian dan Yang Guang.
Pemiliknya Royal Zoological Society Of Scotland mendedahkan pulangan keuntungan zoo telah meningkat lebih daripada RM27 juta kepada RM81 juta pada tahun 2012.
Kedatangan pengunjung meningkat mendadak 51% dengan kehadiran panda pada 2011.
Zoo berkenaan yang mengalami defisit RM6.5 juta mencatatkan pulangan lebihan RM13 juta tahun lepas selepas ketibaan panda.

Menurut laporan itu, penjualan tiket dan barangan cenderamata sahaja mampu menampung kos menyimpan panda.

Selain itu, orang ramai juga dapat memahami hidupan liar dan belajar untuk memulihara mereka


P/S: Tepuk dada tanya matematik Tepuk dada tanya ekonomi!!


Apa pula kata anda?

May 15, 2014

e-book Meal Shakes Percuma

e-book Meal Shakes Percuma

By: Aimi Farhana Yusof

Berminat tak nak dapatkan ebook di atas secara percuma?


Setiap belian Mealshake hujung minggu ini,

Akan diberi ebook PERCUMA.

Mealshake penting untuk kanak2, dan mereka yang dewasa, yang pengambilan makanannya tak seimbang.

Contoh nya, sayur tak makan, daging, ikan , ayam pun makan sikit2, junk food hari2 makan.

So dengan Mealshake membantu untuk menyeimbangkan diet kita dan anak2.




Nak order Mealshake sekarang?

Hubungi saya AIMI FARHANA YUSOF (ID: 1094719)

pm / sms / whatsapp: 019-2076058


Wechat: AmyEmonFarhana

BBM : 7a84449d







e-book Meal Shakes Percuma

Kenapa Kulit hilang Kecantikan Seiring Usia

kenapa kulit hilang kecantikan seiring usia

By: Aimi Farhana Yusof


sumber: dailymail.co.uk



Apa yang anda faham tentang gambar di atas?


Apa yang saya faham ialah punca-punca penuaan iaitu;

1. KOLAGEN yang semakin berkurang seiring usia

2. IRITASI yang semakin meningkat apabila usia meningkat yang mempercepatkan kedutan kulit 

3. PERTUMBUHAN KULIT BARU yang sema

May 14, 2014

Perspektif Wanita Cantik Dari Kaca Mata Lelaki - Sebuah Kajian

Perspektif Wanita Cantik Dari Kaca Mata Lelaki

By: Aimi Farhana Yusof
Kajian oleh vemale.com





1. PILIHAN GAYA RAMBUT 

"Tidak kisah rambut lurus atau keriting, yang penting bersih dan wangi," - Bagas


Kenyataan ini cukup memudahkan kita dalam menata rias rambut. Tidak perlu menghabiskan banyak waktu untuk gaya rambut pelik, biasanya lelaki tidak memfokuskan sejauh itu. Yang pasti, rambut Anda harus bersih, wangi dan kemas rapi. Jangan sampai jalan bersamanya dalam keadaan rambut lepek! 

2. WANGIAN BADAN 
"Saya suka wanita yang wangi, tetapi kalau memakai wangian dalam jumlah yang banyak, saya pening dan tidak selesa," - Yudha

12 JAWAPAN ISU POPULAR ESP SHAKLEE

10 JAWAPAN ISU POPULAR ESP SHAKLEE


by: Aimi Farhana Yusof




ESP adalah BEST SELLER/ HOT SELLING / POPULAR PRODUCT/ HIGH ON DEMAND / SIGNATURE PRODUCT keluaran SHAKLEE.

Kenapa? Why?


Jika anda adalah salah seseorang yang amat mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN, INGIN KURUS, INGIN TAMBAH BERAT BADAN, NAK ANAK dan ingin KEKAL BERTENAGA sepanjang hari, ESP Shaklee adalah jawapan yang anda cari-cari selama ini.

Antara isu dan persoalaan  tentang ESP ialah :

1. APA itu Energizing Soy Protein atau ESP?

2. KENAPA ESP ini?

3. SIAPA yang boleh dan tidak boleh mengambil ESP?

4. BAGAIMANA rasa ESP?

5. APAKAH beza

Testimoni Kurus Dengan Omega Guard

Hanya dengan 3 kapsul Omega Guard selepas makan malam






Fungsi Omega Guard Shaklee

Omega Guard mengandungi EPA & DHA. Asid lemak atau Fatty Acid yang terdapat dalam Omega membantu meningkatkan paras hormon "LEPTIN". Leptin adalah sejenis hormon yang membantu mengawal selera makan. Kandungan Leptin yang tinggi dalam badan sesorang akan membantu mengurangkan selera makan. 


Bukan itu sahaja, Leptin juga bertindak

May 13, 2014

Fungsi ESP

Fungsi ESP

By: Aimi Farhana Yusof

Protein daripada kacang soya adalah 2x lebih dari daging, 4x lebih dari telur, 12x lebih dari susu. Soya juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.
Fungsi Energizing Soy Protein Shaklee antaranya

1. Pemberi tenaga segera dan tahan lama
Membekalkan tenaga segera dan kesan kenyang yang lebih lama. Jadi lebih mudah untuk mengurangkan berat badan dan proses diet.


2. Memulihkan Pigmentasi dan Jerawat
Pigmentasi adalah tompokan gelap kulit yang telah rosak. Jadi protein diperlukan untuk memulihkan kerosakan sel tersebut dengan syarat protein itu ialah protein yang cukup untuk fungsi sistem dalam tubuh dahulu dan lebihannya barulah digunakan untuk regerasi dan baik pulih sel yang rosak dan protein yang dibekalkan ialah yang berkualiti.Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia.


3. Awet Muda
Awet muda dan protein adalah sinonim. Asid Amino diperlukan untuk membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Protein adalah bahan utama dalam ikatan molekul kolagen dan DNA. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee bisa men

May 12, 2014

Zinc Complex

Zinc Complex


By: Aimi farhana


Zink Complex adalah suplimen yang berfungsi untuk mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum daripada tubuh anda.





Apakah Kelebihan Mengambil Zink Complex


1. Zink Complex Mengaktifkan 200 Jenis Enzim

Zink mampu menggabungkan DNA, RNA dan protein seterusnya merangsang penghasilan semula sel atau proses penggantian sel yang telah rosak. Ia mengaktifkan 200 enzim didalam tubuh untuk memelihara metabolisma gigi dan pertumbuhan peringkat remaja.

Man City juara Liga Perdana Inggeris

Man City juara Liga Perdana Inggeris




Foto AFPMANCHESTER: Manchester City raih kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas lengkap aksi terakhir liga menewaskan West Ham United 2-0 di Stadium Etihad, sebentar tadi.


KAMI JUARA...Pemain tengah Manchester City dari Perancis, Samir Nasri