Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

April 26, 2014

VITAMIN PALING ASAS PERLU AMBIL

VITAMIN PALING ASAS PERLU AMBIL

By: Aimi Farhana Yusof

Tahukah anda apakah vitamin pertama yang harus anda cari sekiranya mencari supplement?

Ia adalah VITAMIN C 

Mengapa VITAMIN C?

1. Vitamin C adalah agen penting dalam imunisasi badan.
Ini kerana vitamin c merangsang imunisasi kemudian membantu meningkatkan ketahanan badan melawan penyakit berkait imunisasi. Barulah penyakit susah menjelma.
2. Vitamin C merangsang pembentukan badan. 
Kolagen diperlukan untuk MELAMBATKAN PENUAAN, KESIHATAN SENDI, KECANTIKAN KULIT dsb.

Jangan abai kesihatan hati

Jangan abai kesihatan hati


Petikan: Berita Harian

Penyakit hati adalah antara penyakit yang paling kurang mendapat perhatian berbanding dengan penyakit yang lain. Kebanyakan kita menumpukan perhatian kepada kesihatan organ lain seperti jantung, buah pinggang dan paru-paru tetapi tidak hati.

Laporan akhbar tempatan juga banyak memaparkan maklumat mengenai penyakit kardiovaskular dan diabetes, manakala negara lain di serata dunia lebih aktif dengan kempen larangan merokok.

Kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan hati amat kurang ditekankan berbanding dengan penjagaan organ yang lain. Seperti organ lain, hati juga adalah antara organ penting dalam badan. Tanpa hati, manusia tidak akan hidup, lebih-lebih lagi seluruh sistem badan bergantung kepada hati kerana ia mempunyai lebih 500 fungsi berbeza yang menyokong sistem badan. Jika hati tidak sihat, kesihatan seluruh badan juga akan terjejas.

* Bilangan kes penyakit hati meningkat

Masalah hati sudah menjadi kebiasaan pada hari ini, sama seperti penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser paru-paru. Kadar penyakit hati meningkat mendadak di seluruh dunia sejak beberapa dekad ini yang disebabkan oleh gaya hidup zaman moden yang tidak sihat. Peningkatan penyakit hati berlemak umpamanya dikaitkan dengan peningkatan kes diabetes dan obesiti.

Ramai yang tidak mempedulikan kesihatan hati sehinggalah mereka menghidap penyakit yang berkaitan dengan hati. Apabila simptom penyakit hati dikesan, mungkin ketika itu hati sudah rosak dengan teruk.

Namun, hati boleh dilindungi dengan pengambilan khasiat yang sempurna. Phosphatidyl Choline dibuktikan menerusi kajian sebagai nutrisi yang amat penting bagi menjaga kesihatan hati. Ia boleh didapati dari makanan seperti telur, kacang soya, hati haiwan dan beberapa sumber makanan yang lain.

Phosphatidyl Choline adalah satu bahagian penting pada sel. Phospholipid iaitu sejenis lipid atau lemak yang amat penting bagi setiap sel membran dalam tubuh, terutamanya kepada hati kerana hati mempunyai banyak sel membran dan hati juga bergantung pada sel membran untuk menjalankan fungsinya.

Tanpa membran, sel tidak akan wujud. Phosphatidyl Choline mengekalkan struktur dan bentuk sel. Ini penting bagi mengekalkan fungsi sel dan membolehkan setiap sel ini berhubung dengansel yang lain.

* Keperluan utama sel membran

Phosphatidyl Choline adalah keperluan dalaman serta luaran sel membran. Membran dalaman memelihara kandungan sel seperti mitokondria dan ia juga turut mempunyai fungsi khas yang lain. Membran luaran pula bertindak untuk mengawal setiap kandungan yang diserap masuk dan keluar daripada sel.

Jika ia rosak, kandungan sel akan bocor dan bahan yang memudaratkan akan memasuki sel. Phosphatidyl Choline bertindak sebagai sel penghalang untuk sel membran, sekali gus melindungi hati.

Pengambilan Phosphatidyl Choline membantu melindungi hati daripada rosak dan membolehkan hati berfungsi dengan baik. Hati boleh dirosakkan oleh anasir seperti alkohol, toksin, dadah, bakteria, virus, dan banyak lagi. Semua elemen ini meningkatkan oksidatif stres pada hati, yang mana radikal bebas dan oksidan akan menyerang sel hati.

Serangan ini boleh mengakibatkan lubang dan keretakan pada membran luaran sel, seterusnya menyebabkan ia hilang kawalan. Enzim dan biomolekul yang lain akan mula bocor seterusnya mengakibatkan sel hilang kestabilan dan mungkin menyebabkan kerosakan asid deoksiribonukleik (DNA) di dalamnya.

Jika mitokondria dalam sel ini rosak, ia tidak lagi dapat memetabolismakan lemak, lalu lebihan lemak akan berkumpul pada tisu hati dan mengakibatkan penyakit hati berlemak. Apabila sel hati mati, ia akan mengakibatkan parut atau dikenali sebagai fibrosis dan pengerasan pada tisu hati dan hati tidak lagi dapat berfungsi dengan betul. Kerosakan mungkin akan menjadi lebih teruk sehingga berlaku sirosis menyebabkan hati gagal berfungsi.

* Cegah, pulih penyakit hati

Kajian membuktikan Phosphatidyl Choline dapat membantu mencegah dan memulihkan hati daripada pelbagai jenis penyakit hati dan toksin.

Selain itu, hati juga turut memerlukan Vitamin B dan E. Vitamin B membantu sel metabolisma dan menukarkan karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga. Ia turut membantu memecahkan lemak dan juga memainkan peranan penting dalam mencegah pembentukan lebihan lemak yang akan mengakibatkan penyakit hati berlemak.

Vitamin E atau lemak larut antioksidan pula membantu mengurangkan oksidatif stress kepada hati. Oksidatif ini menyebabkan toksin dan virus menyerang sel hati, merosakkan sel membran dan juga DNA.

Pesakit hati berlemak biasanya mengalami kekurangan Vitamin E di dalam darah, hasil daripada peningkatan oksida. Vitamin E menyokong sistem antioksidan dan mengimbangi radikal bebas serta oksidan bagi mencegah ia daripada merosakkan hati.

Pengambilan Phosphatidyl Choline, Vitamin B dan E, yang mencukupi sama ada menerusi makanan atau suplemen kesihatan dapat meningkatkan kesihatan hati.

Artikel ini disediakan oleh Seven Seas Limited daripada Merck, pengeluar utama dunia makanan tambahan kesihatan, produk farmaseutikal dan sektor kimia, yang inovatif dan berteknologi tinggi.


                           



Boleh hubungi saya,


Aimi Farhana Yusof (id 1094719)  Pengedar Shaklee Berdaftar


No Tel: 019-2076058




COD area: Jerteh dan seluruh Besut, Setiu, Pasir Puteh, Kota Bharu.





Jangan abai kesihatan hati

April 22, 2014

Soya: baik-buruk-terbaik

Soya: Tentang Baik; Buruk; Terbaik 

Translated from dr oz's web

by: Aimi Farhana Yusof


Adalah sukar untuk melawat pasar raya tanpa mencari kacang soya, susu soya, keju soya, dan keseluruhan spektrum produk soya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kontroversi mengenai soya dan keselamatannya. Apakah kontroversi ini? Adakah perlu mengelakkan soya - atau menikmatinya ?


Kebimbangan #1: Soya menyebabkan kanser payudara.

April 21, 2014

PENGEDAR SHAKLEE BESUT

PENGEDAR SHAKLEE BESUT



By: Aimi Farhana Yusof


Hubungi saya, AIMI FARHANA YUSOF untuk penghantaran segera keperluan anda.

Kawasan COD merangkumi SELURUH DAERAH BESUT, SETIU, PASIR PUTEH.



Hubungi saya di saluran berikut;


   


Social Network Always Available Anywhere 
@ 019-2076058

Set Combo Bajet Ostematrix

Set Combo Bajet Ostematrix

By: Aimi Farhana Yusof

Sempena bulan Ostematrix, saya nak senaraikan beberapa combo set ostematrix. Beli ostematrix, boleh digandingkan dengan produk lain mengikut keperluan.


1. Set Kesihatan Wanita 

2. Set Tangani Migrain

3. Set Wanita Hamil

4. Set Kesihatan Sendi

5. Set Rawatan Buasir

6. Set Wanita Menyusu






Hubungi saya untuk konsultasi percuma;

Cara pengambilan yang betul dan selamat;

Aimi Farhana Yusof (id 1094719) - Pengedar Shaklee Berdaftar

No Tel: 019-2076058

FB: aMyfarhana

Page: good vitamin for health

Email: aimifarhana184@gmail.com

COD area: Jerteh dan seluruh Besut, Setiu, Pasir Puteh, Kota Bharu.









SUPPLEMENTS UNTUK IBU MENYUSU MENGIKUT BAJET


SUPPLEMENTS UNTUK IBU MENYUSU MENGIKUT BAJET











Aimi Farhana Yusof  (id 1094719) - Pengedar Shaklee Berdaftar

No Tel: 019-2076058




COD area: Jerteh dan seluruh Besut, Setiu, Pasir Puteh, Kota Bharu. 







SUPPLEMENTS UNTUK IBU MENYUSU MENGIKUT BAJET

KEPAKARAN SAYA

KEPAKARAN SAYA

By: Aimi Farhana Yusof


Lama saya berfikir dam ambil masa untuk mencari kepakaran saya tentang produk Shaklee. Setelah ditimbang-timbang saya banyak menjual set kurus, set cantik, dan set sendi. Dalam banyak-banyak set yang telah dijual, saya boleh dikatakan agak pakar dalam set sendi dan set cantik.


Sebab?
1.      Saya ada pengalaman menguruskan pesakit sendi kronik / Rheumatoid Arthritis (RA) iaitu ayah sendiri, tau apa pantangnya, apa yang diperlukan dan apa yang terbaik untuk pesakit sendi sehingga peringkat kronik. Dan ayah saya sudah bisa berjalan dan bawak kereta. Tongkat pun dah berani tinggal-tinggal di rumah.


2.       Wanita lumrahnya nak cantik. Begitu juga saya. Seperti juga kecantikan luaran seperti make up, kecantikan dalam juga perlu. Dengan sedikit ilmu biologi dan kimia hasil belajar di universiti dulu

Produk Shaklee Terlaris Jualan Saya

Produk Shaklee Terlaris Jualan Saya


By: Aimi Farhana Yusof

Dengan ini saya isytiharkan bahawa produk shaklee paling laris dari saya ialah Advance Joint Health (AJHT). Produk yang paling banyak orang tanya juga ialah produk apa yang boleh kurangkan sakit lutut, sakit-sakit sendi. Maklumlah, duduk kampung...bergaul dengan pelbagai peringkat umur. Saya yang berumur 30 tahun ni memang ramai kenalan dari golongan warga emas..(Patut laa asyik rasa macam dah tua dan terlebih masak aje..)

Kadang-kadang tak promot pun, tapi ada yang minta. Ada jugak yang asalnya nak beli, tapi bila dengar harga tak jadi. Jadi kadang-kadang saya bagi cuba AJHT yang ada kt rmh. Free aje..Mostly ramai yang puas hati dan nak order sebab berbaloi. 

Malangnya AJHT dah kehabisan stok di Malaysia buat masa ini. Nak dijadikan cerita, sehari sebelum kehabisan stok saya berjaya menjual 2 botol AJHT. Kalau tau stok dah habis, awal-awal lagi saya borong. Sekarang ramai yang tertunggu-tunggu AJHT menjelma kembali.

Saya rasa faktor pendorong kelarisan AJHT dari saya ialah kerana ayah saya. Ramai yang dah tau rasanya saya join shaklee sebab ayah. Dapat keahlian percuma lagi.. Ayah ada RA, tak dapat berjalan, bedridden selama setahun. Berubat sana sini, alhamdulillah ayah dah 80% sembuh. Untuk nak sembuh dapat berlari mcm dulu mungkin tak lah kot tetapi dah boleh bawak kereta ( long distance lagi!! ) dah syukur Alhamdullillah. Produk terakhir yang ayah cuba ialah AJHT dan Ostematrix..Alhamdullah, mengikut kata ayah, sekarang dah takde bangun2 malam sebab kejang, lutut pun macam makin ok, siap boleh duduk atas kerusi silang kaki! Tetapi masih terkilan sebab lambat tau, lambat kesan masalah kesihatan ayah dan lambat jumpa produk yang bagus. 

Bukan lah saya kata Shaklee yang sembuhkan ayah, tetapi AJHT banyak menyumbang. Kami juga berubat secara tradisional dan ada menampakkan hasil. Fisioterapi juga ada. Siapa kata dengan Shaklee tak perlu makan ubat hospital ataupun tak perlu ke hospital? Nama pun makanan tambahan...jadi shaklee adalah penambah perisa kepada rawatan hospital. Nanti saya terangkan kembali isu ini dengan lebih detail. Berulang alik ke hospital pakar adalah rutin dulu, Fisioterapi 3-4 kali seminggu, sekarang dah jadi 4 bulan sekali melawat hospital pakar. Alhamdulillah..Usaha ke arah kejayaan itu ada. Allah itu ada, dia janjikan hasil apabila berusaha dan jika hasil tidak seperti diinginkan, ada yang lebih baik menanti.


Umrah kali pertama semasa kunjungan ke tanah haram bulan mei-june 2013
Ayah berkerusi roda, dan kena bayar kepada mutawif untuk tolak ayah.
Impian ayah, nak ke mekah lagi dan tawaf, saei tanpa kerusi roda.
Jika diizinkanNya, nak mengerjakan haji kali ke-2.
Semoga dimurahkan rezeki dan dimakbulkan.







Boleh hubungi saya jika anda ada masalah seperti kami,

Dengan pengalaman menjaga pesakit, meng-google, berjumpa pakar orthopaedik, usaha menyembuhkan ayah,

InshaAllah saya bantu saudara,

Hubungi saya;


Aimi Farhana Yusof  (id 1094719) - Pengedar Shaklee Berdaftar
No Tel: 019-2076058
COD area: Jerteh dan seluruh Besut, Setiu, Pasir Puteh, Kota Bharu.  




Ukur BMI Pakai Jari

Ukur BMI Pakai Jari

by: Aimi Farhana Yusof



Ter'stumble upon' gambar ni di wall facebook. Cara ukur bmi guna jari. Jom check sama2, x perlu pakai kalkulator nak kira-kira bagai. Kalau rasa jari tak sampai atau tak bertemu tu jom check balik apa yang terlebh apa yang terkurang. Nak guna supplements pun boleh.Shaklee aje. Semulajadi lagi!!




Aimi Farhana Yusof  ( id 1094719 ) - Pengedar Shaklee Berdaftar

No Tel: 019-2076058




COD area: Jerteh dan seluruh Besut, Setiu, Pasir Puteh, Kota Bharu. 






Ukur BMI Pakai Jari

April 20, 2014

Mengatasi senggugut

Mengatasi Senggugut

by: Aimi Farhana Yusof


Senggugut adalah musuh utama bagi seorang gadis. Cubalah penawar ini untuk meredakan sakit senggugut:
1. Elakkan daripada memakan daging merah 

2. Mandi dengan air suam (anda pasti telah mencubanya sebelum ini kan?)
3. Amalkan meminum segelas jus karot sekali sehari.
4. Banyakkan pengambilan buah betik.
5. Minum segelas jus aloe vera yang dicampur dengan madu.

6. Tuam di kawasan terasa sakit.
7. Perbaiki diet: Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
8. Kurangkan pengambilan garam.
9. 
Variasikan pilihan minuman: Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period.
10. Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Anda juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor anda sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
11. Kekal aktif. Kita boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
Berhenti merokok
12. Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf. Vitamin B boleh membantu mengurangkan dan menangani stress.


MENANGANI SENGGUGUT CARA SHAKLEE

1. OSTEMATRIX
  • Wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
  • Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain
  • Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

2. GLA COMPLEX

  • Mengandungi Omega-6 yang sangat diperlukan oleh ovari dan sistem reproduksi.
  • GLA complex mengandungi Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
  • Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik dalam badan dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA sebagai makanan tambahan dapat meringankan symptom senggugut kerana GLA ialah pecahan asid linolenik iaitu gama-linolenik acid. GLA Complex shaklee membekalkan lenolenic acid dalam bentuk yang sudah ringkas iaitu gama-linolenik acid yang diperlukan oleh sistem pembiakan dan ia adalah sumber semulajadi bukannya sintetik.
  • Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan terhadap makanan manis.

3. B-COMPLEX

  • Vitamin B-complex terutamanya vitamin B5 (asid panthothenik), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan atau stress dan vitamn B5 diperlukan oleh kelenjar adrenal.
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan lebihan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
  • Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, ketidakselesaan dan ketidakstabilan emosi.
  • Vitamin B12 pula membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.











Sila hubungi saya,

Aimi Farhana Yusof  (id 1094719) - Pengedar Shaklee Berdaftar

No Tel: 019-2076058

COD area: Jerteh dan seluruh Besut, Setiu, Pasir Puteh, Kota Bharu. 





Mengatasi senggugut

Kalsium bukan sekadar tulang

Kesan kekurangan kalsium


by: Aimi Farhana Yusof



       Hampir semua kalsium disimpan dalam tulang dan gigi, di mana ia menyokong struktur dan kekuatan mereka. 


Tubuh juga memerlukan kalsium untuk otot untuk bergerak dan saraf untuk menyampaikan mesej di antara otak dan setiap bahagian badan. Di samping itu, kalsium digunakan untuk membantu saluran darah bergerak darah di seluruh badan dan untuk membantu melepaskan hormon dan enzim yang memberi kesan kepada hampir setiap fungsi dalam tubuh manusia.

Siapa yang kekurangan kalsium?
  • Wanita postmenopaus kerana mereka mengalami kehilangan tulang yang lebih besar dan tidak cekap menyerap kalsium. Pengambilan kalsium yang mencukupi daripada makanan, dan makanan tambahan jika perlu, boleh melambatkan kadar kehilangan jisim tulang.
  • Wanita yang masih dalam umur melahirkan anak tetapi kitaran haidnya berhenti ( amenorea ) kerana mereka senaman berlebihan, makan terlalu sedikit, atau kedua-duanya. Mereka memerlukan kalsium yang mencukupi untuk menampung kalsium yang hilang melalui urine, penyusutan dalam menyerap kalsium, dan pembentukan tulang yang baru yang lembap.
  • Orang dengan intoleransi laktosa di mana tidak boleh menghadam gula semula jadi yang terdapat dalam susu lalu mengalami gejala seperti kembung, berangin (gassy, dan cirit-birit apabila mereka minum lebih daripada jumlah yang kecil pada satu masa. Mereka biasanya boleh makan produk tenusu yang kaya dengan kalsium yang rendah laktosa, seperti yogurt dan banyak keju, dan minuman laktosa dikurangkan atau susu bebas laktosa .
  • Vegan ( vegetarian yang tidak makan produk selain tumbuhan) dan ovo-vegetarian ( vegetarian yang makan telur tetapi menolak produk tenusu) , kerana mereka mengelakkan produk tenusu yang merupakan sumber utama kalsium dalam diet orang lain

KESAN KEKURANGAN KALSIUM

        1. Osteoporosis dan keretakan tulang:  
penyakit tulang di kalangan orang dewasa yang lebih tua (terutamanya wanita) di mana tulang menjadi berliang, rapuh, dan lebih terdedah kepada keretakan. Osteoporosis adalah masalah kesihatan awam yang serius selama lebih daripada 10 juta orang dewasa yang berumur lebih 50 tahun di Amerika Syarikat. 

        2. Insomnia

Banyak kes, mereka yang tidak mengambil kalsium yang mecukupi dalam diet mereka mengalami kesukaran tidur. Dalam kes-kes tertentu, dapat dilihat bahawa; disebabkan oleh kekurangan kalsium, mereka boleh tidur, tetapi tidak mempunyai tidur yang memuaskan atau lena ataupun tiada tidur yang berkualiti. 

        3. Kebas 
Kebas di jari, sawan, dan irama jantung yang tidak normal yang boleh menyebabkan kematian jika tidak ditangani. Gejala-gejala ini berlaku selalunya pada orang yang mempunyai masalah kesihatan yang serius atau yang sedang menjalani rawatan perubatan tertentu.

      4. Kerosakan gigi

Kekurangan kalsium di dalam badan boleh memberi kesan kepada gigi juga. Kerosakan gigi adalah satu lagi tanda kekurangan kalsium di dalam badan. Jika kekurangan kalsium pada kanak-kanak, mungkin melambatkan permulaan awal pembentukan gigi.

      5. Kuku mudah patah

Kuku yang lemah dan rapuh adalah satu lagi tanda penting dalam kekurangan kalsium di dalam badan.

      6. Penyakit Kardiovaskular 
Beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan mendapat kalsium yang cukup mungkin mengelakkan daripada penyakit jantung dan strok. Tetapi kajian lain menunjukkan bahawa sesetengah orang yang mengambil jumlah kalsium yang tinggi, terutamanya daripada makanan tambahan, mungkin mempunyai peningkatan risiko penyakit jantung. Lebih banyak penyelidikan diperlukan dalam bidang ini.

     7. Tekanan Darah Tinggi
Beberapa kajian telah mendapati bahawa pengambilan disyorkan kalsium boleh mengurangkan risiko mendapat tekanan darah tinggi (hipertensi). Satu kajian besar khususnya mendapati bahawa makan diet rendah lemak dan bebas lemak dan produk tenusu rendah lemak , sayur-sayuran, dan buah-buahan boleh menurunkan tekanan darah.

     8. Lewat baligh
Tanda-tanda akil baligh yang lewat dalam kes perempuan remaja juga tanda kekurangan kalsium. Selain daripada lambat baligh bagi remaja, masalah berkait menstrual juga adalah tanda-tanda kekurangan kalsium di dalam badan. Ramai remaja mengalami kejang prahaid (premenstrual cramps) disebabkan oleh kekurangan kalsium.

     9. Kanser 

Kajian telah dibuat bagi makanan tambahan kalsium atau diet tinggi kalsium mungkin mengurangkan risiko kanser kolon atau rektum atau meningkatkan risiko kanser prostat. Penyelidikan setakat hari ini tidak memberikan jawapan yang jelas. Memandangkan kanser terbentuk melalui beberapa cara, kajian jangka panjang yang diperlukan. 



Cara untuk mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi ialah dengan pengambilan susu 4 gelas sehari, atau 2 gelas kalau anlene, Makan badam dan kekacang, ikan bilis dan produk berasaskan tenusu. Namun jika anda bukan penggemar susu, lactose intolerant dan malas minum susu, saya ada penyelesaiannya. PIL MAGIC iaitu pil kalsium ostematrix boleh membekalkan kalsium diperlukan oleh tubuh dengan penyerapan optimum bantuan Vitamin D, Magnesium dan boron. Pil Kalsium yang tanpa buatkan anda sembelit!!





untuk mendapatkan pil kalsium magic ini,


Sila hubungi saya,

Aimi Farhana Yusof  (id 1094719) - Pengedar Shaklee Berdaftar

No Tel: 019-2076058

COD area: Jerteh dan seluruh Besut, Setiu, Pasir Puteh, Kota Bharu. 




10 CARA MENJAGA KESIHATAN SENDI

CARA MENJAGA KESIHATAN SENDI


Sendi adalah tempat di mana tulang bertemu. Sendi berpusing, meluncur, berputar atau bengkok seperti engsel yang mudah untuk membiarkan anda menjalankan, melompat dan melakukan kerja seharian. Sendi datang dalam pelbagai saiz, bentuk dan jenis, tetapi semua mereka terdedah kepada kehausan dan lusuh, kerosakan dan artritis. 

Hampir 20 peratus daripada rakyat di Amerika Syarikat mempunyai artritis [sumber: Harvard Kesihatan Penerbitan]. Sama ada anda berada dalam minoriti yang terbabit atau majoriti bernasib baik, ia adalah penting untuk menjaga tubuh anda dan melindungi sendi anda untuk memaksimumkan penggunaannya, mobiliti dan fungsi selama yang boleh. Tetapi ia bukan hanya untuk sendi berfungsi dengan cemerlangan sahaja, tetapi juga untuk mengurangkan kesakitan sendi akibat peningkatan usia. 

Lama kelamaan, walaupun biasa, kesihatan sendi merosot, tetapi anda boleh mengurangkan kesan dengan mengikuti 10 langkah asas. Dan jika sendi anda sudah berada di dalam kesakitan, tip dalam artikel ini akan mengurangkan rasa sakit anda dan membuat hidup sedikit lebih mudah.

      1. Pegang, bawa, alihkan barang dengan teknik yang betul

      Apabila membawa objek, membawa mereka dekat kepada badan anda. Bengkokkan lutut anda dan bukannya belakang anda apabila mengangkat sesuatu. 
        Kecederaan sendi dan belakang biasanya disebabkan oleh menjalankan berat berat dengan cara yang tidak betul. Cuba untuk tidak membawa lebih daripada 25kg.





        2. Gunakan sendi besar anda 

        Gunakan sendi besar anda untuk membawa objek. Tidak membawa beg membeli-belah berat dengan hujung jari anda - sebagai ganti, letakkannya di atas bahu atau lengan anda. 

        Bawa periuk berat dengan meletakkan tangan anda (sambil memakai sarung tangan ketuhar) di bawah pemegang, menggenggam tepi periuk, dan bukannya dengan menggunakan pemegang.

        cara yang salah
        cara yang betul


                                   

        3. Elakkan membongkok 

        Elakkan membongkok jika tidak perlu dengan menyusun dan dekorasi rumah dengan berkesan. Sentiasa menyimpan barang-barang yang selalu digunakan pada paras antara pinggang dan ketinggian bahu. Adalah mudah untuk mencederakan diri sendiri apabila membongkok untuk mencapai perkara-perkara yang rendah ke bawah - terutamanya bagi barang yang berat.


        4. Bengkokkan lutut

        Apabila anda perlu bongkok ke bawah untuk mengambil perkara-perkara (terutamanya yang berat), mengutip sesuatu di lantai, pastikan belakang a lurus dan bengkok kanlutut anda.





        5. Tolak, bukan heret

        Cuba untuk menolak objek berat, dan bukannya membawa mereka. Gunakan troli  semasa membeli-belah dan bukannya bakul berat. Dapatkan beg yang mempunyai roda, supaya anda tidak perlu bawa sebuah beg berat.


        6. Berehat  

        Berhenti seketika dari sebarang aktiviti yang melibatkan ketegangan pada sendi dengan tempoh seketika. Tindakan tekanan berulang-ulang boleh mencederakan sendi anda. Jangan lupa untuk berehat.


        7. Bangun dan bergerak 

        Jangan duduk dalam satu kedudukan untuk jangka masa yang panjang. Bangun dari meja anda atau dari sofa setiap 20 atau 30 minit dan bergerak. Jangan lupa untuk berhenti kerap apabila memandu jarak jauh dan untuk meregangkan kaki anda .


        8. Awasi postur anda 

        Elakkan berada dalam kedudukan  menekan sendi untuk masa yang lama. Berhati-hati jika anda melakukan sesuatu seperti bersandar pada tangan atau siku anda, yang boleh meletakkan sendi di bawah ketegangan.

        elakkan dari tabiat ini!


        9. Gunakan kaedah genggaman yang betul 

        Elakkan menggenggam objek kecil degan ketat . Sebaliknya genggam binaan grip di sekitar objek seperti pisau dapur, berus gigi dan pen. Dengan cara ini, anda menggunakan seluruh tangan anda untuk menggenggam objek, bukan hanya dengan menggunakan dua atau tiga jari sahaja. Semasa bangun, elakkan gunakan buku jari sebaliknya tapak tangan atau lengan.




        10. Berjinak dengan set sendi shaklee

        Set untuk sendi shaklee mengandungi OSTEMATRIX dan ADVANCE JOINT HEALTH TABLET (AJHT). 
        OSTEMATRIX membekalkan kalsium untuk tulang tanpa memberi kerengsaan kepada perut atau menyebabkan sembelit seperti pil kalsium yang tidak mengandungi magnesium dan boron di pasaran. Magnesium dan vitamin D dalam ostematrix memastikan kalsium diserap secara optimum oleh badan, mengurangkan tekanan di mana tekanan boleh mengurangkan kesihatan tulang dan sendi dan manfaat lain klik ini , klik ini juga , klik di sini dan sini

        AJHT pula dengan kandungan EKSTRAK JAGUNG bagi meningkatkan kesan kusyen terhadap sendi, ZINC, TEMBAGA & MANGAN yang berfungsi  memelihara tisu penyambung yang sihat, VITAMIN C untuk menggalakkan pembinaan kolagen dan EKSTRAK BOSWELLIA untuk  meningkatkan keselesaan sendi.









        Untuk kaedah kesihatan tulang dan sendi yang betul

        hubungi saya;


        Aimi Farhana Yusof  (id 1094719) - Pengedar Shaklee Berdaftar
        No Tel: 019-2076058
        COD area: Jerteh dan seluruh Besut, Setiu, Pasir Puteh, Kota Bharu.