Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

April 21, 2014

Produk Shaklee Terlaris Jualan Saya

Produk Shaklee Terlaris Jualan Saya


By: Aimi Farhana Yusof

Dengan ini saya isytiharkan bahawa produk shaklee paling laris dari saya ialah Advance Joint Health (AJHT). Produk yang paling banyak orang tanya juga ialah produk apa yang boleh kurangkan sakit lutut, sakit-sakit sendi. Maklumlah, duduk kampung...bergaul dengan pelbagai peringkat umur. Saya yang berumur 30 tahun ni memang ramai kenalan dari golongan warga emas..(Patut laa asyik rasa macam dah tua dan terlebih masak aje..)

Kadang-kadang tak promot pun, tapi ada yang minta. Ada jugak yang asalnya nak beli, tapi bila dengar harga tak jadi. Jadi kadang-kadang saya bagi cuba AJHT yang ada kt rmh. Free aje..Mostly ramai yang puas hati dan nak order sebab berbaloi. 

Malangnya AJHT dah kehabisan stok di Malaysia buat masa ini. Nak dijadikan cerita, sehari sebelum kehabisan stok saya berjaya menjual 2 botol AJHT. Kalau tau stok dah habis, awal-awal lagi saya borong. Sekarang ramai yang tertunggu-tunggu AJHT menjelma kembali.

Saya rasa faktor pendorong kelarisan AJHT dari saya ialah kerana ayah saya. Ramai yang dah tau rasanya saya join shaklee sebab ayah. Dapat keahlian percuma lagi.. Ayah ada RA, tak dapat berjalan, bedridden selama setahun. Berubat sana sini, alhamdulillah ayah dah 80% sembuh. Untuk nak sembuh dapat berlari mcm dulu mungkin tak lah kot tetapi dah boleh bawak kereta ( long distance lagi!! ) dah syukur Alhamdullillah. Produk terakhir yang ayah cuba ialah AJHT dan Ostematrix..Alhamdullah, mengikut kata ayah, sekarang dah takde bangun2 malam sebab kejang, lutut pun macam makin ok, siap boleh duduk atas kerusi silang kaki! Tetapi masih terkilan sebab lambat tau, lambat kesan masalah kesihatan ayah dan lambat jumpa produk yang bagus. 

Bukan lah saya kata Shaklee yang sembuhkan ayah, tetapi AJHT banyak menyumbang. Kami juga berubat secara tradisional dan ada menampakkan hasil. Fisioterapi juga ada. Siapa kata dengan Shaklee tak perlu makan ubat hospital ataupun tak perlu ke hospital? Nama pun makanan tambahan...jadi shaklee adalah penambah perisa kepada rawatan hospital. Nanti saya terangkan kembali isu ini dengan lebih detail. Berulang alik ke hospital pakar adalah rutin dulu, Fisioterapi 3-4 kali seminggu, sekarang dah jadi 4 bulan sekali melawat hospital pakar. Alhamdulillah..Usaha ke arah kejayaan itu ada. Allah itu ada, dia janjikan hasil apabila berusaha dan jika hasil tidak seperti diinginkan, ada yang lebih baik menanti.


Umrah kali pertama semasa kunjungan ke tanah haram bulan mei-june 2013
Ayah berkerusi roda, dan kena bayar kepada mutawif untuk tolak ayah.
Impian ayah, nak ke mekah lagi dan tawaf, saei tanpa kerusi roda.
Jika diizinkanNya, nak mengerjakan haji kali ke-2.
Semoga dimurahkan rezeki dan dimakbulkan.







Boleh hubungi saya jika anda ada masalah seperti kami,

Dengan pengalaman menjaga pesakit, meng-google, berjumpa pakar orthopaedik, usaha menyembuhkan ayah,

InshaAllah saya bantu saudara,

Hubungi saya;


Aimi Farhana Yusof  (id 1094719) - Pengedar Shaklee Berdaftar
No Tel: 019-2076058
COD area: Jerteh dan seluruh Besut, Setiu, Pasir Puteh, Kota Bharu.  




No comments:

Post a Comment

Komen anda