Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

April 26, 2014

Jangan abai kesihatan hati

Jangan abai kesihatan hati


Petikan: Berita Harian

Penyakit hati adalah antara penyakit yang paling kurang mendapat perhatian berbanding dengan penyakit yang lain. Kebanyakan kita menumpukan perhatian kepada kesihatan organ lain seperti jantung, buah pinggang dan paru-paru tetapi tidak hati.

Laporan akhbar tempatan juga banyak memaparkan maklumat mengenai penyakit kardiovaskular dan diabetes, manakala negara lain di serata dunia lebih aktif dengan kempen larangan merokok.

Kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan hati amat kurang ditekankan berbanding dengan penjagaan organ yang lain. Seperti organ lain, hati juga adalah antara organ penting dalam badan. Tanpa hati, manusia tidak akan hidup, lebih-lebih lagi seluruh sistem badan bergantung kepada hati kerana ia mempunyai lebih 500 fungsi berbeza yang menyokong sistem badan. Jika hati tidak sihat, kesihatan seluruh badan juga akan terjejas.

* Bilangan kes penyakit hati meningkat

Masalah hati sudah menjadi kebiasaan pada hari ini, sama seperti penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser paru-paru. Kadar penyakit hati meningkat mendadak di seluruh dunia sejak beberapa dekad ini yang disebabkan oleh gaya hidup zaman moden yang tidak sihat. Peningkatan penyakit hati berlemak umpamanya dikaitkan dengan peningkatan kes diabetes dan obesiti.

Ramai yang tidak mempedulikan kesihatan hati sehinggalah mereka menghidap penyakit yang berkaitan dengan hati. Apabila simptom penyakit hati dikesan, mungkin ketika itu hati sudah rosak dengan teruk.

Namun, hati boleh dilindungi dengan pengambilan khasiat yang sempurna. Phosphatidyl Choline dibuktikan menerusi kajian sebagai nutrisi yang amat penting bagi menjaga kesihatan hati. Ia boleh didapati dari makanan seperti telur, kacang soya, hati haiwan dan beberapa sumber makanan yang lain.

Phosphatidyl Choline adalah satu bahagian penting pada sel. Phospholipid iaitu sejenis lipid atau lemak yang amat penting bagi setiap sel membran dalam tubuh, terutamanya kepada hati kerana hati mempunyai banyak sel membran dan hati juga bergantung pada sel membran untuk menjalankan fungsinya.

Tanpa membran, sel tidak akan wujud. Phosphatidyl Choline mengekalkan struktur dan bentuk sel. Ini penting bagi mengekalkan fungsi sel dan membolehkan setiap sel ini berhubung dengansel yang lain.

* Keperluan utama sel membran

Phosphatidyl Choline adalah keperluan dalaman serta luaran sel membran. Membran dalaman memelihara kandungan sel seperti mitokondria dan ia juga turut mempunyai fungsi khas yang lain. Membran luaran pula bertindak untuk mengawal setiap kandungan yang diserap masuk dan keluar daripada sel.

Jika ia rosak, kandungan sel akan bocor dan bahan yang memudaratkan akan memasuki sel. Phosphatidyl Choline bertindak sebagai sel penghalang untuk sel membran, sekali gus melindungi hati.

Pengambilan Phosphatidyl Choline membantu melindungi hati daripada rosak dan membolehkan hati berfungsi dengan baik. Hati boleh dirosakkan oleh anasir seperti alkohol, toksin, dadah, bakteria, virus, dan banyak lagi. Semua elemen ini meningkatkan oksidatif stres pada hati, yang mana radikal bebas dan oksidan akan menyerang sel hati.

Serangan ini boleh mengakibatkan lubang dan keretakan pada membran luaran sel, seterusnya menyebabkan ia hilang kawalan. Enzim dan biomolekul yang lain akan mula bocor seterusnya mengakibatkan sel hilang kestabilan dan mungkin menyebabkan kerosakan asid deoksiribonukleik (DNA) di dalamnya.

Jika mitokondria dalam sel ini rosak, ia tidak lagi dapat memetabolismakan lemak, lalu lebihan lemak akan berkumpul pada tisu hati dan mengakibatkan penyakit hati berlemak. Apabila sel hati mati, ia akan mengakibatkan parut atau dikenali sebagai fibrosis dan pengerasan pada tisu hati dan hati tidak lagi dapat berfungsi dengan betul. Kerosakan mungkin akan menjadi lebih teruk sehingga berlaku sirosis menyebabkan hati gagal berfungsi.

* Cegah, pulih penyakit hati

Kajian membuktikan Phosphatidyl Choline dapat membantu mencegah dan memulihkan hati daripada pelbagai jenis penyakit hati dan toksin.

Selain itu, hati juga turut memerlukan Vitamin B dan E. Vitamin B membantu sel metabolisma dan menukarkan karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga. Ia turut membantu memecahkan lemak dan juga memainkan peranan penting dalam mencegah pembentukan lebihan lemak yang akan mengakibatkan penyakit hati berlemak.

Vitamin E atau lemak larut antioksidan pula membantu mengurangkan oksidatif stress kepada hati. Oksidatif ini menyebabkan toksin dan virus menyerang sel hati, merosakkan sel membran dan juga DNA.

Pesakit hati berlemak biasanya mengalami kekurangan Vitamin E di dalam darah, hasil daripada peningkatan oksida. Vitamin E menyokong sistem antioksidan dan mengimbangi radikal bebas serta oksidan bagi mencegah ia daripada merosakkan hati.

Pengambilan Phosphatidyl Choline, Vitamin B dan E, yang mencukupi sama ada menerusi makanan atau suplemen kesihatan dapat meningkatkan kesihatan hati.

Artikel ini disediakan oleh Seven Seas Limited daripada Merck, pengeluar utama dunia makanan tambahan kesihatan, produk farmaseutikal dan sektor kimia, yang inovatif dan berteknologi tinggi.


                           



Boleh hubungi saya,


Aimi Farhana Yusof (id 1094719)  Pengedar Shaklee Berdaftar


No Tel: 019-2076058




COD area: Jerteh dan seluruh Besut, Setiu, Pasir Puteh, Kota Bharu.





Jangan abai kesihatan hati

No comments:

Post a Comment

Komen anda