Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

April 1, 2014

Kenapa Shaklee?

By: Aimi Farhana Yusof

Apa khabar cik, puan dan tuan?
Mungkin ada yang tanya kenapa shaklee? Apa yang ada pada shaklee? Sampaikan ada yang pulun update di facebook..Ada yang sampai muak jadinya..


      Cik, puan, dan tuan...saya dah lama berkenalan dengan shaklee. Sejak dari zaman sekolah lagi, tahun 2000. Kasih sayang ibu tiada galang ganti. Semasa mula-mula belajar tinggal di asrama MRSM Kuala Terengganu dulu saya agak sukar menyesuaikan diri dengan makanan dan cara hidup berasrama. Dalam proses menyesuaikan diri tu macam-macam sindrom melanda. Oleh kerana belum pandai menjaga diri, belum kenal dengan diri sendiri, saya dilanda tsunami jerawat batu..Tensionnya masa tu, Tuhan saja yang tau. Tak cukup jerawat batu, saya yang tak tahan panas ni memang terkenal dengan migrain masa zaman tu. Perkara biasa pulak masa tu diangkut, diheret atau dipapah ke bilik dari bangunan akademik semasa prep sebab sakit kepala yang amat sangat, kadang-kadang sampai muntah-muntah. Tapi ada jugak kadang-kadang dipaksa rakan-rakan yang nakal (macam saya jugak) untuk buat-buat sakit sebab diorang malas ber'prep'. Hehe..Apa-apa pun kami semua Alhamdulillah selamat menjadi manusia semuanya.

       Kemudian, ibu saya yang risau tengok anak sulungnya dah kurang gebu akibat jerawat, banyak MC dan kurang tidur, dia bekalkan saya set kesihatan shaklee. Zaman tu tertanya-tanya ape benda laaaa mak aku ni suruh makan..haha..Masa tu tak tau yang 'ubat' tu mahal, tak tau hargai kasih sayang mak, jadi saya jarang makan pil-pil tu. Tapi masih tetap makan walaupun bukan dalam disiplin yang mantoppp. Dipendekkan cerita, semasa matrix, saya masih dibekalkan shaklee lagi. Tapi botolnya macam dah kurang. Alhamdulillah jerawat makin kurang walaupun bukan mulus..tapi tak ada lah rupa macam katak puru lagi..Tambah pulak, matrikulasi tak se'hectic' macam life di MRSM. Ada masa untuk belek muka, ambik kisah pasal kulit, sempat cuci dan sental muka bila rasa tak selesa. Tapi saya masih belum berbisnes Shaklee lagi.

      Setelah sepuluh tahun berlalu, jerawat sudah jarang menyinggah, migrain masih lagi menyerang jika tak kena gaya, tetapi ada masalah baru iaitu GEMUK dan ayah saya diuji dengan sakit lutut yang kronik sehingga terpaksa pencen pilihan selepas setahun berMC dan menziarah doktor pakar setiap bulan. Tak cukup dengan sakit lutut atau bahasa medical-nya chronic rheumatoid arthritis, ayah ada diabetis dan masalah-masalah sakit meningkat usia yang lain. 

      Kemudian saya mencuba pelbagai cara untuk meringankan bebanan sakit ayah dan mengatasi masalah kegemukan saya. Selepas bertanya sana sini, saya disarankan dengan Shaklee. Kemudian, saya menghubungi seorang saudara rapat untuk beli dan consult tentang produk Shaklee. Produk pertama beli dengan beliau ialah ESP dan kongsi dengan adik-adik dan saya dapat tengok kesannya kulit makin bagus. Kemudian saya beli VIVIX untuk ayah dan saya dapat keahlian percuma. Dengan tambahan set bones and joint, ayah dah semakin baik. Mula-mula tak ada niat pun nak jual, tapi sebab kawan-kawan dan keluarga tau saya berShaklee, ada yang minta saya belikan itu dan ini. Sekali, jajangggggg saya dapat bonus tengah-tengah bulan. Setelah beberapa kali dapat bonus, kemudian barulah saya mula mempromosikan produk shaklee dengan harapan ada yang saya boleh bantu ke arah hidup lebih sihat.

      Rasanya cukup sampai sini dulu kot saya membebel. Nanti ada yang kata macam baca buku teks sejarah pulak..hehe



MRSMKT dalam kenangan


MRSMKT 00/01

Geng panjat pagar

No comments:

Post a Comment

Komen anda