Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

April 4, 2014

Usaha...usaha...dan usaha lagi

"       Saya pernah dimarah dan ditertawa di kelas semasa di sekolah rendah lantaran teruknya penguasaan saya di dalam kelas inggeris, sehingga hanya memperoleh gred C sahaja semasa UPSR. Namun, saya tidak pernah patah semangat untuk terus menguasai bahasa 'omputeh' tersebut sehingga saya berjaya memeroleh gred A1 semasa SPM.

Saya pernah berkali-kali gagal dan tidak pernah-pernah lulus di dalam subjek bahasa arab semasa sekolah agama di sekolah rendah dahulu. Tapi saya tak pernah putus semangat. Saya teruskan niat untuk mendalami bahasa Al-Quran ini. Takdir Allah, saya diberi peluang untuk hidup berdikari dan menuntut di bumi anbiya' bertahun-tahun lamanya untuk meneguk sedikit ilmu yang saya sedang amalkan kini, sehingga saya boleh bertutur bahasa yang sangat indah ini. Alhamdulillah.

Seorang sahabat bertanya saya, beliau hanya seorang yang tidak pernah berpendapatan tetap, belum berkeluarga dan belum mempunyai apa-apa tujuan hidup walaupun seusia saya.

Jawapan saya ada di atas. Kita tak kan selamanya seperti hari ini, kawan. Saya, anda dan kita pasti berubah 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun atau mungkin juga lebih awal dari itu.

Asalkan usaha yang tak pernah putus, doa dan tawakal.
"


No comments:

Post a Comment

Komen anda