*Belanja RM828,225 sehari
*dipetik daripada akhbar metroPutrajaya: RM828,225 sehari. Itu jumlah dibelanjakan kerajaan untuk menguruskan 11,043 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masih ditempatkan di 12 depoh tahanan imigresen di seluruh negara.
Jumlah itu mengikut perkiraan kos keseluruhan RM75 sehari termasuk makan minum seperti didedahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Januari lalu.
Setakat Rabu lalu, lebih 10,399 PATI ditangkap di seluruh negara sejak Operasi 6P Fasa II dilancarkan Jabatan Imigresen (JIM) bermula 21 Januari lalu.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Imigresen, Abdul Haidir Mohd Sukor berkata, sepanjang tempoh itu lebih 35,399 pekerja warga asing diperiksa menerusi 1,644 serbuan di pelbagai premis di seluruh negara.
Beliau berkata, serbuan di rumah kosong, tapak pembinaan, kediaman, kedai, premis perniagaan, restoran dan kedai makan, rumah urut, pusat hiburan dan perjudian, tempat cuci kenderaan dan lain-lain itu turut menahan seramai 156 majikan bagi membantu siasatan atas kesalahan melindungi PATI.
“Menerusi statistik terbaru dikeluarkan, seramai 11,043 PATI masih ditempatkan di 12 depoh tahanan seluruh negara membabitkan 8,896 tahanan lelaki dan 1,549 tahanan wanita serta 598 kanak-kanak,” katanya, semalam.
Katanya, seramai 767 PATI ditahan di lokap JIM di seluruh negara atas pelbagai kesalahan membabitkan 633 lelaki dan 134 wanita.
Abdul Haidir berkata, depoh tahanan di seluruh negara mempunyai kapasiti besar dan mampu menampung sehingga 20,990 PATI pada satu-satu masa dan boleh memuatkan seramai 16,945 tahanan lelaki dan 4,045 tahanan wanita.
Menurutnya, data terkini penahanan PATI di depoh itu tidak termasuk yang ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sabah kerana ia di bawah seliaan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Sepanjang tempoh operasi itu, 17,571 anggota pelbagai agensi terbabit menyertai operasi membanteras PATI membabitkan JIM, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“Agensi lain termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Unit Pencegahan dan Penyeludupan (UPP), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.
Ops 6P Fasa II dilaksana selepas berakhir tempoh tiga bulan Program Khas Pemutihan PATI (PKPP) pada 20 Januari lalu dan disifatkan sebagai operasi terbesar pernah dikendalikan oleh JIM.
PKPP diperkenal bagi menyelesaikan permohonan majikan yang tidak dapat memutihkan PATI disebabkan kes penipuan ejen pekerja asing selain mengurangkan jumlah PATI di negara ini.
Sebelum ini, Junaidi dipetik berkata, dari Januari hingga November 2013, kerajaan menanggung kira-kira RM2.9 juta bagi proses penghantaran PATI.
Perbelanjaan itu bagi menjaga kebajikan keseluruhan termasuk makanan, penginapan dan kesihatan sebelum menunggu proses penghantaran pulang.
“Kita terpaksa menanggung sebanyak RM75 sehari bagi seorang PATI dengan proses penghantaran yang mengambil masa lama.
“Hal ini kerana kita perlu berbincang dan meminta kedutaan itu membuat pengesahan bagi warga negara mereka. Ada juga pihak tidak faham perkara ini,” katanya.
mak aihhh banyak tu..kalau diguna untuk pendidikan kanak-kanak ataupun bina rumah anak-anak yatim ataupun untuk bina insan sekurang-kurangnya dapat manfaat untuk negara. sebab ni laa saya kata orang yang bawak PATI ni masuk negara kita sama ada tokan, employer, imigresen, penguatkuasa, nelayan yang makan suap bagi membolehkan PATI ni masuk boleh dikategorikan sebagai perosak bangsa, penyangak negara. Yang masuk kalau boleh tolong jadi imam surau-surau atau masjid takpe lah jugak..ni yang datang bawak penyakit, masalah sosial, pencemaran alam sekitar dan jugak jenayah.
mode: geram
No comments:
Post a Comment
Komen anda